Penularan wabak coronavirus telah menjejaskan pertandingan bola sepak di seluruh eropah. Itali antara yang paling teruk terjejas apabila Serie A ditangguhkan.
Perlawanan UEFA Champions League membabitkan Valencia menentang Atalanta di Stadium Mestalla turut diadakan di dalam stadium yang kosong pada awal pagi tadi.
Malam ini dua lagi perlawanan UEFA Champions League bakal berlangsung.
O jogo entre Liverpool x Atlético de Madrid será disputado com torcida em Anfield. pic.twitter.com/zSNi3jFWqI
— Mundo da Bola (@mundodabola) March 10, 2020
Borussia Dortmund bertandang ke Paris Saint-Germain untuk mempertahankan kelebihan satu jaringan yang mereka miliki.
Perlawanan di Parc des Princes itu sudah disahkan akan diadakan di stadium kosong.
Satu lagi perlawanan membabitkan Atletico Madrid yang akan bertandang ke stadium keramat Liverpool, Anfield.
Sehingga kini ia tampak seperti perlawanan tersebut akan diteruskan dengan kehadiran penyokong melainkan dengan arahan selanjutnya daripada UEFA.
Dan bagi pemain pertahanan Atletico Madrid, Thomas Partey, beliau tidak kisah asalkan jika ia membawa kebaikan kepada kesihatan manusia sejagat.
Liverpool will be counting on another famous Anfield night in Europe as they seek to reach the Champions League quarter finals at Atletico Madrid's expense get and stay connected on DStv to watch this exciting action…..#ChampionsLeague pic.twitter.com/nxSx7QrtlI
— DStv Liberia (@DStv_Liberia_) March 10, 2020
Mengulas mengenai masalah coronavirus dan beraksi di stadium tertutup, Thomas berkata ia adalah satu keperluan untuk mengurangkan risiko.
“Sebagai pemain, ia sentiasa baik untuk beraksi dengan kehadiran penyokong, tetapi jika ia diadakan di stadium tertutup dengan tujuan mengurangkan risiko jangkitan, kami turut tidak peduli,” ujar Thomas.
“Kami harus memberikan fokus kepada tugasan.
“Ia [bermain di stadium kosong] bukan terpulang kepada kami. Ia bergantung kepada penganjur.
Can Liverpool produce another unbelievable Anfield night against Atletico on Wednesday? 🔴pic.twitter.com/uCrakZXUDO by @SkySports
— Liverpool News (@LFC_news_feed) March 10, 2020
“Saya hanya perlu membantu pasukan.
“Atletico telah tiba di Liverpool dan kami akan berhadapan dengan The Reds di perlawanan timbal balik pusingan 16 pertandingan Champions League.
“Kami memiliki kelebihan 1-0. Kami bersedia. Ia adalah impian untuk saya beraksi menentang Liverpool di stadium mereka.
“Saya harap [ingatan] akan kekal sepanjang karier kerana Liverpool kini beraksi dengan baik sekali.
“Kami harus memberikan fokus 100%. Kami tahu ia akan sukar.”