Pelumba Negara Beri Penghormatan Kepada Legenda F1 Dunia

Pelumba negara, Jazeman Jaafar tidak ketinggalan untuk memberikan penghormatan terakhir kepada legenda Formula 1 dunia daripada Britain, Sir Sterling Moss yang meninggal dunia pada usia 90 tahun semalam.

Moss dianggap sebagai salah seorang legenda di dalam dunia pemotoran dan diangkat sebagai salah seorang pemandu terhebat di Formula 1 – walaupun tidak pernah meraih sebarang kejuaraan dunia.

Merceders yang merupaka bekas pasukan Moss menyifatkan kematian Moss sebagai satu kehilangan. Moss bukan sahaja dianggap sebagai ikon, tetapi juga seorang budiman.

Bekas juara F1 pada 1966, Damon Hill pila berkata Moss adalah individu yang memainkan peranan penting menghidupkan karier pemandu-pemandu British pada era tersebut.

Moss meninggal dunia selepas melalui tempoh sakit yang panjang. Beliau meninggal dunia di sisi isterinya, Lady Moss.

Sebelum ini Moss pernah berada di hospital selama 124 hari akibat jangkitan kuman di paru-paru selepas bercuti di Singapura pada Disember 2016

Moss previously spent 134 days in hospital after suffering a chest infection while on holiday in Singapore in December 2016.

Dalam ciapan melalui akaun Twitter peribadinya, Jazeman berkata: “Sir Sterling Moss. Amat gembira pernah bertemu dengan anda dan terima kasih atas semua kisah hebat yag pernah anda kongsikan. Anda adalah definisi sebenar seorang pelumba, Legasi anda akan hidup selama-lamanya. Damailah di sana Legenda.”

Jazemann pernah menjuarai Formula BMW dan merupakan rakyat Malaysia pertama muncul juara perlumbaan Formula Renault 3.5 di Monaco pada 2015.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan akibat penularan wabak coronavirus, Jazeman dijadualkan akan berlumba di festival Super GT Malaysia pada July 16-17.

Kongsi artikel ini