Paulo Dybala Benci Ronaldo

Paulo Dybala berkata beliau secara terang-terangan memberitahu Cristiano Ronaldo bahawa mereka semua membenci beliau di Argentina.

Ia bukan menghairankan bagaimana bintang Portugal itu bukan watak yang tidak digemari – mengambil kira perseteruan dan persaingan diantara beliau dengan Lionel Messi.

Tetapi persaingan tersebut telah mengangkat kedua-duanya sebagai antara dua pemain terbaik dunia pernah saksikan.

Apa sahaja perlawanan membabitkan pasukan yang menemukan kedua-dua pemain pasti sentiasa dinanti-nantikan.

Ronaldo berhijrah ke Juventus pada 2018, sekaligus menamatkan perseteruan dengan Messi di La Liga. Namun semua pihak terus berdebat siapakah pemain yang lebih baik diantara kedua-duanya.

Kini Ronaldo telah menjadi rakan sepasukan Dybala. Dan rakan sepasukan Messi bersama Argentina itu berkata Ronaldo amat dibenci di negaranya, walaupun mengakui dirinya banyak belajar dari kapten Portugal itu sejak ketibaannya di Turin.

“Saya berkata kepada beliau, ‘Cristiano, di Argentina, kami membenci anda kerana perwatakan, kerana siapa diri anda, dan cara kamu berjalan,” kata Dybala ketika ditemubual media Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA).

“Tetapi anda mengejutkan saya kerana saya dapati kamu berlainan [dari tanggapan]”

Dybala adalah antara beberapa pemain yang beraksi di samping Ronaldo dan Messi, sekaligus memberikan beliau sisi pandangan yang berbeza mengenai pemain manakah yang lebih bagus.

Namun Dybala dibidas pada tahun lalu kerana berkata ia sukar untuk beraksi bersama Messi di Argentina.

Messi dan Dybala beraksi dengan peranan yang sama, membuatkan Dybala berkata ia sukar sekali untuk bergandingan dengan kaptennya itu.

Sejak daripada itu Dybala mulai berbincang perihal taktik dengan Messi, dan kedua-duanya kini dilihat lebih memahami peranan masing-masing secara positioning.

“Saya tidak pernah berniat mengkritik rakan sepasukan, saya hanya mahu membaiki apa yang sedang berlaku,” kata Dybala.

“Saya berbincang mengenai perkara tersebut dengan Leo kerana peranan kami amat sama secara taktikal,

“Saya tidak memiliki minit perlawanan yang banyak di Piala Dunia atau Copa America, tetapi pada masa yang sama, saya menghormati keputusan jurulatih kerana Argentina amat berprestij.”

Dybala baru-baru ini disahkan mengidap coronairus, namun kini dikhabarkan telah pulih sepenuhnya.

 

Kongsi artikel ini