Kini Leeds United harus berbangga mempunyai seorang penyerang yang telah diasuh oleh jurulatih dari Argentina untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah bersama dengan penyerang handalan lain dari kelab Liverpool , Spurs , Manchester United , Everton dan Leicester City selepas menjaringkan gol yang ke 10 dalam Liga Premier Inggeris untuk diri sendiri dan kelabnya itu.
Six players have scored 10+ goals in the Premier League this season:
✅ Mohamed Salah
✅ Dominic Calvert-Lewin
✅ Son Heung-min
✅ Jamie Vardy
✅ Bruno Fernandes
✅ Patrick Bamford 🆕In elite company. pic.twitter.com/MkmeyRosx6
— William Hill (@WilliamHill) December 27, 2020
Pemain warga Inggeris yang berasal dari Grantham , England ini memerlukan 15 penampilan untuk mendapatkan jaringannya yang ke 10.
Gol yang ke 10 telah dijaringkan oleh pemain itu setelah berjaya melakukan sepakan penalti ketika menewaskan Burnley 1-0 pada hari semalam.
15 – Patrick Bamford has scored 10 goals in 15 games for Leeds in the Premier League this season; the third-fewest appearances to reach 10 in the competition for the Whites, after Mark Viduka (9) and Tony Yeboah (14). Slotted. pic.twitter.com/GMYbT8Mny7
— OptaJoe (@OptaJoe) December 27, 2020
Rekod paling pantas pemain yang mendapat 10 gol ialah lagenda pemain Australia Mark Viduka dan Tony Yeboah yang hanya memerlukan sembilan dan 14 penampilan dalam perlawanan kedua-dua pemain tersebut.
Patrick Bamford juga menjadi pemain Leeds United yang pertama menjaringkan hatrik ketika menewaskan Aston Villa pada 23 Oktober yang lalu selepas kali terakhir Mark Viduka melakukannya pada tahun 2003.
💨 Only two players have scored 10 PL goals for Leeds United quicker than Patrick Bamford:
🇦🇺 Mark Viduka (9 apps)
🇬🇭 Tony Yeboah (14)
🏴 Patrick Bamford (15 apps)Making his name on the big stage. #LEEBUR pic.twitter.com/6uWn3O8PVa
— Sporting Index (@sportingindex) December 27, 2020
Leed United telah menyandarkan harapan kepada penyerang berusia 27 tahun itu setelah jurulatih berpengalaman Marcelo Bielsa telah menurunkan segala ilmu yang ada untuk menjadikan Bamford sebagai penyerang yang gol yang serba boleh.
Leeds United telah berjaya naik pangkat ke EPL selepas 16 tahun tidak berada dalam kehangatan liga yang sangat mashyur di seluruh dunia setelah Marcelo Bielsa 65 tahun jurulatih yang sangat berpengalaman dari Argentina mengemudi The White pada tahun 2018.
Pada musim 2020/21 ini menyaksikan The White kalah kepada Liverpool pada perlawanan yang pertama dengan 4-3
Marcelo Bielsa memperbaiki pasukannnya dan telah berjaya memperolehi dua kemenangan ketika menundukkan Fulham dan Sheffield United.
Kemenangan terbesar yang telah dilakarkan oleh Leeds United ialah menewaskan Newcastle United 5-2 dan kekalahan terbesar yang dialami apabila tewas dengan pasukan Red Devils 6-2.
Prestasi Leeds turun naik kerana hanya memperolehi enam kemenangan , tujuh kekalahan dan dua seri setelah menghadapi 15 perlawanan kini menduduki tangga ke 12 dengan 20 mata.