Pandangan Dari Bekas Pemain dan Jurulatih Dalam Pertembungan Hidup Mati Malaysia & Vietnam

Tidak boleh tidak , pasukan kendalian Tan Cheng Hoe mesti tewaskan pasukan di tangga pertama kumpulan G ini supaya Malaysia kembali berpeluang cerah untuk layak ke pusingan seterusnya ke Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pengajaran daripada kekalahan kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada minggu lepas patut diambil iktibar oleh para pemain-pemain agar mereka kembali bangkit untuk menyalakan harapan tinggi kepada penyokong bola sepak tanah air.

Tempoh seminggu rehat yang secukupnya sudah pasti ketua jurulatih Harimau Malaya memerah buah fikiran untuk menewaskan pasukan Park Hang – seo yang setakat ini belum tewas walaupun satu perlawanan pun di dalam kumpulan G.

Apakah perancangan Tan Cheng Hoe dalam menghadapi pasukan gergasi Asia Selatan ini? Perancangan taktikal dan pemilihan kesebelasan pemain akan memainkan peranan penting dalam perlawanan ini yang sudah pasti menjadi tumpuan kepada penyokong peminat bola sepak.

1. Pemilihan pemain naturalisasi yang betul

Guilherme De Paula antara pemain naturalisasi yang teruk dikritik oleh peminat tanah air selepas tewas 0-4 dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berazam mahu menutup pengkritiknya. Bercakap kepada Astro Arena , pemain berusia 35 tahun ini memohon kepada seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan kepada pemain negara yang telah bekerja keras sepanjang berada d Dubai.

Guilherme De Paula

Tan Cheng Hoe juga turut ditekan oleh peminat agar rombakan dalam dilakukan kepada pasukan negara untuk menghadapi Vietnam dan nama Shafiq Ahmad antara pemain yang perlu berada di dalam skuad kesebelasan utama nanti.

2. Sumareh dan Sapawi perlu dipisahkan – Dollah Salleh

Keserasian diantara kedua-dua pemain ini tidak dapat ditonjolkan ketika aksi menentang UAE dan ia sangat berbeza semasa skuad pada tahun 2019.

Bekas ketua jurulatih negara , Dollah Salleh berpendapat hanya salah seorang pemain ini yang perlu diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama.

Pasukan Vietnam pernah dikalahkan oleh Harimau Malaya semasa dibawah kendalian Dollah Salleh ketika kejohanan Piala AFF Suzuki di peringkat separuh akhir pada tahun 2014.

Jurulatih itu berani mempertaruhkan muka baru dan membuat perubahan taktikal sehingga pasukan Toshiya Mura tidak terjawab dengan persembahan yang dipamerkan.

3. Mempertaruhkan Ariff Aiman dan Luqman Hakim – Hai-O

Hairuddin Omar yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan dan pernah bermain untuk Pahang dan Terengganu yang ditembual bersama wartawan Astro Arena berkata , kedua-dua pemain ini boleh diberikan peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Percaturan Tan Cheng Hoe adalah dengan mengorbankan Sumareh untuk memberikan Sapawi Rasid bermain di inside forward sebelah kanan. Ariff Aiman ataupun Luqman Hakim bermain di sayap kiri.

Bagaimanapun mereka kekurangan pengalaman di pentas antarabangsa dan kemungkinan kedua-dua pemain ini akan menjadi sebagai pemain gantian dalam perlawanan berkenaan.

Penutup

Tan Cheng Hoe tetap berkeyakinan tinggi kepada para pemainnya untuk ,menewaskan pasukan Vietnam yang berada di ranking ke 92 FIFA.

Beliau menuntut kesungguhan pemain-pemainnya untuk bermain bermati-matian untuk menghadiahkan kemenangan kepada penyokong negara yang berada jauh di Malaysia 5 ribu kilometer.

Kini segalanya terserah kepada para skuad Harimau Malaya bagaimana untuk menunjukkan belang garang hitam kuning mereka menundukkan skuad Naga Emas yang memang terlalu ampuh setakat ini.

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email