Pakar Indonesia Dakwa Workout Salah Ketika Ramadan Bahaya

Latihan pada awal pagi sebelum waktu sahur seperti yang dilakukankan Mohamed Salah mengandung risiko kepada jantung.

Penyerang sayap Liverpool itu sebelum ini berkongsi rutin harian yang diubahnya khusus untuk Ramadan. Perkara itu dikongsi sendiri oleh Salah melalui Instagram.

“Tubuh ada ritmanya, ada masa harus tidur dan bangun. Secara teknikal badan manusia mengurangkan stress dan tekanan pada waktu malam. Sistem kardiovaskular yakni jantung dan pembuluh darah diberikan waktu beristirehat,” kata Dr. Andhika Raspati.

View this post on Instagram

Working from home…

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah) on

“Kalau waktu istirehatnya [jantung] diguna untuk latihan, ia akan memberikan tekanan dan stress kepada jantung dan pembuluh darah.

“Kesan sampingannya akan terjadi pengerasan pembuluh darah yang salah satunya membuatkan hipertensi secara kekal. Selain itu, gangguan tidur juga akan menyebabkan penurunan imun tubuh badan.”

Sebahagian orang mungkin menganggap perkara ini remeh dan menganggap waktu tidur malam yang kurang bisa boleh diganti pada siang hari.

Namun hal itu [tidur siang] tidak cukup menggantikan kualiti tidur di malam hari.

Ini kerana tidur pada siang hari tidak akan senyenyak tidur pada malam hari disebabkan banyak gangguan yang terjadi.

Antaranya sudah tentu adalah panggilan handphone, teriakan, dan perbualan orang lain di sekeliling yang membuat tidur siang tidak memiliki kualiti yang sama pada malam hari.

“Belum lagi sinar cahaya yang menghasilkan melatonin, atau hormon yang berfungsi di otak yang fungsinya membuat kita mengantuk bberkurang ketika ada cahaya,” tambah Andhika.

BeraukN pada malam hari sebenarnya juga dilakukan ramai orang khususnya warga kota yang sibuk bekerja pada siang hari tanpa menyedari risiko yang dihadapi.

“Sisi positifnya, saat jam buka puasa sampai sahur kita akan bebas makan dan minum. Jadi tidak perlu takut dehidrasi dan kehabisan tenaga.Keperluan gizi terjagadan boleh sentiasa dioptimakan,” tambah beliau lagi.

 

Sumber: CNN Indonesia

Kongsi artikel ini