Expand To Show Full Article
Pakar Dedah Rahsia Adama Traore Mudah Loloskan Diri Dari Pertahanan Lawan - Grandstand Kita

Pakar Dedah Rahsia Adama Traore Mudah Loloskan Diri Dari Pertahanan Lawan

Mana-mana pemain pertahanan yang berhadapan Adama Traore sedar mereka akan berhadapan dengan seorang pemain yang mempunyai kepantasan dan kekuatan fizikal luar biasa.

Chelsea yang berhadapan dengan pemain itu pada babak kedua perlawanan pasti sedar Traore lebih sukar dikawal dari kebiasaan – walaupun The Blues menang perlawanan tersebut 2-0.

Malah dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Traore juga turut menyerlah apabila mudah menewaskan pemain pertahanan lawan yang cuba mengekang larian beliau – walaupun berusaha menjatuhkan pemain tersebut dengan menarik.

Adama Traore oils up his arms before games so that players can't grab him 💪(via Wolverhampton Wanderers FC)

Posted by ESPN FC on Thursday, August 6, 2020

Apakah rahsianya? Rupa-rupanya pasukan perubatan Wolves tampil dengan idea melumurkan keseluruhan lengan dan tangan pemain itu dengan minyak bayi (baby oil) sebelum perlawanan.

Perkara ini dapat dilihat ketika Wolves merekodkan kemenangan menentang Crystal Palace sebelum ini. Kakitangan perubatan dilihat menyalut minyak pada lengan pemain itu sebelum babak kedua perlawanan bermula.

Kaedah ini bertujuan untuk mengelakkan pemain pertahanan lawan menarik lengan pemain tersebut ketika bersaing dalam larian – sekaligus memudahkan Traore untuk lolos.

Taktik tersebut juga bertujuan untuk mengelakkan Traore daripada mengalami kecederaan bahu. Pemain itu mengalami kecederaan terkehel tulang bahu ketika perlawanan menentang Tottenham pada Disember.

Dan sejak itu, kejadian sama telah berulang sebanyak empat kali. Kali terakhir adalah ketika Wolves berhadapan Sheffield United pada Julai lalu.

Taktik oleh Wolves ini dianggap kaedah yang genius untuk melindungi pemain tersebut.

“Ia adalah sesuatu yang kami perlu lakukan untuk melindungi Adama. Pemain lawan sangat risau akan ketinggalan kerana kepantasan yang beliau miliki, dan sering kali cuba menarik beliau di bahagian lengan,” ujar salah seorang pakar perubatan dari Wolves.

“Ini menyebabkan sendi tulang bahu beliau sering terkehel ketika perlawanan.

“Meletakkan minyak menyukarkan mereka berbuat demikian, dan melindungi Adama.”

 

Kongsi artikel ini