“Pakai Barang Orang, Tetapi Tiada Sikap Bertimbang Rasa” – TMJ Bidas Pihak Layan Pemain Macam Robot Main Di Piala AFF

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor hari ini bersuara mempertahankan barisan pemain yang menolak panggilan menyertai kem latihan pasukan negara

Walaupun tidak dinyatakan, ia dipercayai berkaitan dengan komen oleh Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon semalam yang menyatakan rasa terkejut kerana ramai pemain bertindak menarik diri daripada pasukan walaupun mendapat panggilan.

Jurulatih dari Korea Selatan itu sebelum ini berkata ini kali pertama sepanjang karier kejurulatihannya di mana pemain menarik diri daripada skuad kebangsaan secara beramai-ramai untuk tugasan bersama negara.

“Pemain tidak menolak buta-buta. Mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila mewakili pasukan kebangsaan. Kita boleh tengok dengan performance pemain dalam National tram apabila mereka bermain di setiap pertandingan yang ada dalam kalendar FIFA,” ujar TMJ menjelaskan situasi tersebut.

“Mereka memberi sepenuhnya. tetapi pemain juga adalah manusia yang bekerja, training, main sejak bulan Januari. Manusia mana kerja tanpa cuti? Apabola liga atau pertandingan domestik kita break, pemain national team tiada break kerana mereka ada trainging camp selama 3 minggu.

“Kita adalah satu-satunya negara yang training camp paling lama. Negara jiran semua dah ikut concept Europe dimana training camp hanya seminggu sebelum perlawanan.

“Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan competition schedule. Contoh pemain report [ke kelab] Januari, Piala AFF habis 15 Januari.

“Bila nak dapat cuti? Satu tahun main bola dan training none stop cuti hanya 6 hari dalam satu tahun? Pemain bukan mesin.

TMJ turut mempersoalkan pihak tertentu yang dianggap ‘populist’ senata-mata menggunakan simpati orang ramai untuk menaikkan imej peribadi .

“Apa punya pemimpin atau ektua tiada simpati terhadap pekerjanya? Tiada rasa segan.

“Yang bayar gaji dan invest adalah kelab dan bukan awak. Apa punya sikap pakai barang orang tetapi tiada sikap bertimbang rasa? Persoal TMJ lagi.

Menurut TMJ kejayaan haruslah dilakukan dengan budaya kerja secara kolektif. Menurut baginda pemain sudah membuktikan komitmen mereka dengan membantu negara layak ke Piala Asia.

“Takkan AFF yang dunia tak mengambil serius pun kita terkejar-kejar semata-mata populariti, trend, dan voting?

“Aim bigger, think big. Cakap jangan nak sembur saja.

Kongsi artikel ini