Ozil Protes Pemotongan Gaji 12.5% Oleh Arsenal

Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil dilaporkan tidak bersetuju dengan tindakan kelab yang memotong gaji pemain sebanyak 12.5% berikutan masalah kewangan disebabkan oleh krisis kesihatan yang melanda dunia.

Pada Isnin, The Gunners mengumumkan pemain utama mereka dan pengurus Mikel Arteta akan dipotong gaji sebanyak 12 bulan. Pemorongan gaji tersebut turut melibatkan baisan kejurulatihan skuad utama yang lain.

Namun media di UK melaporkan Ozil yang merupakan penerima gaji tertinggi dengan bayaran £350,000 seminggu, beserta dua pemain lain yang tidak dinamakan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Menurut laporan, pemain dari Jerman itu mahu mengkaji terlebih dahulu impak yang diberikan oleh wabak tersebut sebelum bersetuju dengan cadangan tersebut.

Ejen kepada Ozil, Dr. Erkut Sgut berkata sebelum ini: “Penangguhan [bayaran] adalah salah satu pilihan, tetapi tidak akan bersetuju dengan pemotongan terus kerana pihak kelab berkemungkinan masih akan mendapat keuntungan yang sama seperti tahun lalu.

“Apakah impak sebenar yang menimpa kelab, hanya boleh dinilai selepas tiga dan enam kemudian – ia tidak dapat dilihat pada hari ini.”

Arsenal menjadi kelab Premier League pertama untuk memotong gaji skuad utama mereka, selepas cadangan awal ditolak oleh pemain.

Berdasarkan kenyataan daripada Arsenal, pemotongan aadalah sebanyak 12.5% untuk setahun berkuatkuasa bulan ini. Kertas kerja mengenai persetujuan diantara pemain dan kelab juga sedang disiapkan.

Bagaimanapun Arsenal turut menegaskan bayaran balik kepada pemain akan dilakukan sekiranya mampu mencapai sasaran kewangan selepas ini, yang turut dikaitkan dengan kejayaan di atas padang.

 

Kongsi artikel ini