“Orang-Orang Berduit Berego Besar” – Gila Kuasa, Politik, Wang, Punca Jurulatih Eropah Gagal Di Indonesia

Pernah bergelar Ketua Jurulatih skuad kebangaan Indonesia, Simon McMenemy mendedahkan kesukaran yang dihadapi selaku pengendali skuad Garuda, dan berpendapat mengapa jurulatih dari Eropah akan gagal menangani pasukan itu.

Rekod buruk McMenemy bersama skuad Garuda sebelum ini amat jelas, terutama di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang berlangsung sejak tahun lalu.

Keputusan buruk jurulatih yang turut pernah mengendalikan Filipina di Kejohanan Piala AFF 2010 itu memaksa beliau meletakkan jawatan selaku jurulatih Indonesia.

Paling memalukan pastinya apabila maruah Sang Garuda ditoreh oleh skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe di kubu kuat mereka sendiri, Stadium Gelora Bung Karno.

Pada ketika perlawanan timbal balik yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Novenber lalu, kelibat McMenemy sememangnya sudah tiada bersama Indonesia, dan jawatan tersebut disandang oleh pembantunya Yeyen Tumena.

Tekanan besar

McMenemy mengakui tugasan membimbing Indonesia bukanlah perkara yang mudah, termasuk kepada mana-mana jurulatih dari Eropah.

McMenemy berkata ada tekanan besar dirasakannya ketika bergelar jurulatih skuad senior, termasuk dari segi maklum balas yang akan diterimanya.

Jika berjaya membawa Indonesia meraih kemenangan, jurulatih akan sentiasa dialu-alukan. Namun jika kalah, jurulatih akan menjadi yang pertama menjadi mangsa cercaan dan makian.

Menurut McMenemy bola sepak di Indonesia bukan hanya sekadar apa yang dilihat di atas padang. Lebih dari itu, terlalu banyak pihak yang terlibat.

“Jurulatih harus punya attitude [tahan sabar]. Orang-orang berduit berego besar boleh menjadi masalah untuk jurulatih,” dedah McMenemy.

“Kefahaman terhadap budaya memegang peranan penting di seluruh dunia. Itulah yang membuat jurulatih dari Eropah kerap mengalami kesukaran.”

Budaya bola sepak

Tidak hairan mengapa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) melantik McMenemy untuk jawatan panas itu.

McMenemu nyata mempunyai pengalaman cukup luas berkenaan bola sepak Indonesia.

Mulai bergelar jurulatinMitra Kukar pada tahun 2011, Simon McMenemy menuai sukses bersama Bhayangkara FC setelah berhijrah pada 2016.

Bersama kelab dengan jolokan The Guardian itu, McMenemy meraih kejuaraan Liga 1 Indonesia pada 2017.

Namun bagi McMenemy budaya bola sepak di Indonesia itu sendiri merupakan musuh utama kepada potensi bola sepak di negara tersebut.

“Ini bukan sekadar bola. sepak Selalu ada hal lain yang berpengaruh, entah itu kekuasaan, politik atau uang,” ujar McMenemy.

“Sebagai jurulatih, anda harus bisa menerima itu jika ingin bekerja dengan baik di Indonesia,” tambah beliau lagi.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email