Olimpik Tokyo 2020 : Shah Firdaus Tetap Wira , Menang Di Hati Rakyat Malaysia

Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak seharusnya berasa kecewa atas kegagalan mara ke separuh akhir dalam acara basikal keirin di saingan heat 2 yang berlangsung sebentar tadi di Izu Velodrome.

Aksi pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom acara keirin pada saingan suku akhir Olimpik Tokyo 2020 di gelanggang Izu Velodrome di Shizuoka, hari ini. - Foto BERNAMA

Pelumba yang berusia 25 tahun ini terpaksa akur dengan kesan kecederaan yang dialami oleh beliau selepas terlibat dalam kemalangan ketika saingan ke suku akhir pada hari semalam. Diletakkan dalam heat 2 bersama dengan pelumba Jack Carlin yang dikatakan punca Shah terjatuh , beliau amat hampir berada dalam kelompok empat teratas namun kayuhan dipusingan terakhirnya perlahan biarpun mencuba sedaya upaya untuk mengejar pelumba dihadapannya

Insiden yang berlaku pada hari semalam hampir menyebabkan Shah Firdaus tidak dapat beraksi semula , namun beliau bangkit dan melawan kesakitan sehingga berjaya menempah tiket ke suku akhir dalam perlumbaan repechage sebelum dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Shah Firdaus menamatkan cabarannya di Tokyo 2020 dengan penuh kebanggaan daripada rakyat Malaysia. Semangatnya yang sangat luar biasa meskipun terpaksa menghadapi situasi cemas pada hari semalam , Shah mencuba sehabis baik demi negara.

Di platform media sosial rakyat Malaysia terus memberi tabik hormat kepada anak muda yang berasal dari Johor ini dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepadanya.

 

Twitter daripada Bazli Azmi wartawan Astro Arena , berkongsi video Shah Firdaus yang hanya duduk bersendirian sahaja sebelum perlumbaan itu nyata mengundang sebak netizen.

Terkini , Datuk Azizulhasni Awang sudah pun berjaya menempatkan diri ke akhir acara Keirin dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan pelumba ini untuk memenangi emas pertama Malaysia.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email