Keadaan Old Trafford yang uzur dikatakan menjadi penyebab mengapa pelabur yang berpotensi untuk membeli Manchester United tidak jadi berbuat demikian.
Keluarga Glazer melihat Manchester United sebagai lubuk meraih keuntungan empayar mereka. Laporan di UK mengatakan keluarga Glazer mahukan £2.4 billion untuk melepaskan kelab itu.
Syarikat kewangan koporat telah memberi peringatan kepada keluarga Glazer bahawa hanya ada 20 individu di dunia mampu membayar jumlah tersebut, seperti kekayaan yang dimiliki oleh kerabat dari Timur Tengah.
Namun tanda harga £2.4 billion yang diletakkan oleh keluarga Glazer itu turut akan datang dengan tambahan £200 juta kerana keperluan untuk naik taraf dan baik pulih ‘The Theatre of Dreams’.
Ia adalah untuk memastikan stadium tersebu mampu bersaing dengan stadium moden milik Arsenal dan Tottenham Hotspur di masa hadapan.
1996: View of the new stand at Old Trafford after redevelopment. 🏗 pic.twitter.com/VSPnasatfm
— ThrowbackMUFC (@ThrowbackMUFC) February 11, 2020
Sumber dalaman kelab berkata ianya mustahil dan tidak masuk akal untuk meningkatkan kapasiti stadium di bahagian South Stand – untuk menjadikan stadium itu berkapasiti 90,000.
Model kewangangan yang disediakan oleh keluarga Glazer ketika mengambil alih kelab tersebut pada nilai £790 juta pada 2005 tidak termasuk perubahan yang dianggap radikal ini.
Sekiranya kerja naik taraf diteruskan, sebuah stadium lain turut harus dicari untuk kegunaan pasukan.
Semua perkara berkaitan Old Trafford ini pernah dipertimbangkan oleh Kumpulan Abu Dhabi sebelum pengambil alihan Manchester City pada 2009.
Pembinaan City of Manchester Stadium (kini Etihad), dan kebolehan stadium tersebut untuk ditingkatkan kapasitinya jika diperlukan adalah jauh lebih mudah.
EXCLUSIVE: The dreadful state of Old Trafford is an impediment to anyone buying Manchester United from the Glazer family. That is the view of corporate financiers who have detailed knowledge. https://t.co/SBzm62uGAC pic.twitter.com/wr9ScYZM55
— Football Lab (@footblab) February 13, 2020
Syarikat ekuiti Silver Lake yang menilai City Groups pada nilai £3.8 billion pada hari ini mendedahkan Abu Dhabi berpendapat Manchester City adalah projek yang lebih menarik untuk dilakukan sebelum memutuskan untuk melabur £380 juta pada November tahun itu disebabkan isu Old Trafford.
Keluarga kerabat dari Arab Saudi beberapa kali telah menampilkan minat untuk mendapatkan Manchester United.
Tetapi keengganan keluarga Glazer menerima potongan sekurang-kurangnya 20% dari syarikat, dan pemilikan penuh terhadap United menyebabkan sebarang perjanjian tidak diteruskan.
Situasi United kini amat mudah. Baik dari segi kapital atau pun minat di Manchester United pada hari ini dilihat mampu menarik sebarang pelaburan.