Nostalgia Lagenda 1990an : 20 Fakta Ringkas Yang Menarik Perkongsian Dari Ustaz Affendi Julaihi

Ustaz Affendi Julaihi ialah seorang lagenda bekas pemain bola sepak Bumi Kenyalang yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada seluruh penyokong tempatan pada era 1990an. Gelaran kepada beliau sebagai “Speedy Gonzales” pada ketika itu kerana larian derasnya yang mampu mengucar-kacirkan pasukan lawan.

Sempena penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang ke 50 tahun , organisasi tanpa keuntungan ini telah membuat satu forum dalam talian iaitu Nostalgia Bola Sepak Malaysia Era 90an dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Affendi Julaihi dalam forum itu jam 10 malam tadi bagi berkongsi kenangan dan pengalaman beliau ketika bersama pasukan Sarawak dari tahun 1990 sehingga 1997.

Forum ini turut mengundang penulis sukan bolasepak yang sangat dikenali pada masa ini iaitu saudara Axello Tacts dari Vocket FC dan Gary Hardin Lugard editor Semuanya Bola. Kedua-dua panelis jemputan ini juga merupakan anak jati Sarawak. Moderator forum ini ialah saudara Zairudin [email protected] Din , Naib Presiden ABIM dan Editor Retro Bola Sepak.

Berikut 20 fakta ringas menarik dari perkongsian terus oleh Ustaz Affendi Julaihi yang penulis dapat kumpulkan dalam forum berkenaan.

Image result for Alan Vest Sarawak

Sumber : Axello.net

1. Secara jujurnya lagenda pemain ini menyatakan bahawa beliau tidak berminat untuk menonton bola sepak tetapi beliau hanya berminat bermain bola sahaja.

2. Sekiranya bermain dalam satu perlawanan , beliau akan bermain dengan sepenuh jiwa serta selagi boleh berlari seluruh kawasan padang , dia akan terus berlari. Sekiranya terjatuh , beliau akan bangun semula.

3. Ustaz Affendi pernah bermain mewakili sebuah pasukan tempatan semasa bermain di dalam liga tempatan Sarawak sebelum bakatnya di kesan oleh jurulatih Sarawak FA , Alan Vest.

Image result for Alan Vest Sarawak

Lagenda Alan Vest

4. Pada pandangan Ustaz Affendi , Alan Vest merupakan seorang jurulatih yang akan membangunkan seorang pemain berasaskan sistem permainan padang yang beliau mahukan (player should in system)

5. Sarawak FA pada ketika itu memenangi perlawanan atau mendapat keputusan seri dengan menggunakan formasi 4-5-1.

6. Ustaz Affendi Julaihi tidak lagi mengikuti perkembangan bola sepak tempatan disebabkan kesibukan beliau menguruskan madrasah dan kerja dakwahnya namun beliau masih lagi bermain dalam kejohanan antarabangsa jemputan bola sepak veteran di negara Brunei setiap tahun.

7. Idola ustaz Affendi Julaihi ialah bekas pemain sayap kiri Manchester United , Ryan Giggs.

Image result for Ryan Giggs

8. Walaupun idolanya adalah pemain kelahiran Wales itu , tetapi ustaz merupakan penyokong kepada kelab The Reds , Liverpool. Ternyata ustaz memberikan ‘win-win situation di antara Gary dan Axello.

Image result for liverpool

9. Minat ustaz kepada Liverpool kerana beliau menyukai penjaga gol Liverpool pada ketika itu iaitu Bruce Grobbelaar. Penjaga gawang The Reds pada tahun 1981-1994.

Image result for bruce grobbelaar

10. Pemain bola sepak yang ustaz kenali semasa ini ialah Cristiano Ronaldo.

Image result for cristiano ronaldo

11. Larian 100 meter bawah catatan 11 saat merupakan perkara biasa yang ustaz lakukan. Beliau pernah berentap dengan seorang pelari pecut kebangsaan pada waktu itu ,

12. Kemenangan Malaysia ke atas Korea Selatan 1-0 semasa kejohanan Pesta Bola Sepak Merdeka pada tahun 1993 adalah berpunca daripada larian deras ustaz Affendi yang dijatuhkan oleh pertahanan lawan di kotak penalti. Pengadil tidak teragak-agak memberikan penalti yang disempurnakan oleh Allahyarham Anuar Abu Bakar.

13. Ustaz Affendi pernah dilamar oleh sebuah kelab Hungary , namun beliau menolak tawaran itu selepas berbincang dengan beberapa individu yang berpengalaman dalam bola sepak termasuklan Presiden Sarawak FA , Allahyarham Datuk Taha Ariffin yang juga merupakan pengurus Harimau Malaya pada ketika itu.

14. Sejarah dalam Sukan Sea Chiang Mai 1995 terus menjadi nostalgia ketika Malaysia menang besar ke atas pasukan Kemboja 9-0. Larian pantasnya dalam jarak dekat mengakibatkan ustaz terus melanggar jaring gol menyebabkan tiang gol tercabut. Beliau sebenarnya memastikan bola itu masuk ke gawang gol selepas percubaan itu disempurnakan oleh Anuar Abu Bakar.

15. Turning point Ustaz Affendi Julaihi berhijrah ke penghidupan yang lebih baik sekali ialah ketika beliau memikirkan kekosongan hati termasuklah hal kematian walaupun setelah mendapat apa yang telah beliau impikan.

16. Ustaz Affendi mengerjakan Umrah pada tahun 1997 seorang diri pada dan berada di Mekah selama sebulan semasa dalam bulan Ramadan.

17. Kali kedua beliau melakukan umrah bersama dengan pengulas sukan bola sepak terkenal tuan Haji Zainal Abidin Rawop yang bertugas sebagai wartawan TV3 pada ketika itu. Ustaz rapat dengan tuan Haji Zainal kerana pasukan Sarawak FA sering membawa Zainal Abidin Rawop untuk menulis berita semasa melakukan latihan “pre season” di luar negara.

18. Mendapat 10 dirham dari seorang Pak Arab semasa menemuinya di Masjidil Haram dan menggunakan duit itu membeli sejadah untuk memberikan pahala berterusan kepada Pak Arab tersebut. Sehingga kini sejadah tersebut masih lagu digunakan oleh ustaz.

19. Pertama kali keluar tabligh bersama dengan jemaah dari Indonesia selama tiga hari.

20. Impak dari mengikuti jemaah tabligh ini ustaz perlahan-lahan memperbaiki dirinya termasuklah usaha beliau untuk memastikan solat fardhu tidak ditinggalkan lagi.

Begitulah perkongsian daripada Ustaz Affendi Julaihi yang kini aktif sebagai seorang pendakwah dan juga seorang pengetua Madrasah Tahfiz Al-Quran.

Video penuh menonton forum ini boleh dilayari seperti di atas.

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email