Norwich ‘Reject’ Bidaan Liverpool Beli Jamal

Norwich City telah menolak bidaan bernilai £10 juta daripada juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool untuk pemain bek kiri, Jamal Lewis.

The Canaries dilaporkan mahu bidaan lebih tinggi untuk pemain antarabangsa Ireland Utara berusia 22 tahun itu, mengambil kira kontrak pemain tersebut yang masih mempunyai baki sehingga 2023.

Jamal Lewis juga layak dikategorikan sebagai homegrown player dan BBC semalam berkata Norwich menolak bidaan awal dari Liverpool itu yang termasuk dengan klausa penjualan.

Liverpool mahukan Jamal Lewis sebagai pemain sokongan kepada kapten Scotland, Andrew Robertson.

Namun Norwich dikatakan nekad enggan membenarkan pemain muda mereka pergi begitu sahaja dengan nilai yang rendah, walaupun kelab itu telah tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Buat masa ini, Norwich jelas tidak berpuas hati dengan tawaran uang diberikan Liverpool, selain daripada tiada keperluan untuk mereka melepaskan pemain tersebut.

Jamal Lewis tampil dalam 28 perlawanan Liga Perdana Inggeris dan menjaringkan satu gol sepanjang kempen musim 2019/20.

Norwich sebelum ini pernah menjual James Maddison kepada Leicester City dengan nilai £20 juta pada 2019 dengan nilai tambah £4 juta.

Untuk pemain yang mempunyai lebih banyak pengalaman, Norwich berkemungkinan mahukan nilai yang lebih tinggi.

The Cannaries dilaporkan turut berminat dengan bek kiri Liverpool, Yasser Laraouci yang berusia 19 tahun. Namun untuk Laraoci menyertai Norwich pada usia 19 tahun dilihat sebagai kemungkinan yang tipis.

Sehingga kini, Liverpool sudah pun menjual pertahanan tengah, Dejan Lovren kepada Zenit St. Petersburg pada nilai £10.9 juta pada Julai lalu.

 

Kongsi artikel ini