‘No Hard Feelings’ – Failsal Halim Anggap Safiq Rahim Sangat Profesional

‘No hard feelings’ – itulah situasi semasa untuk menjelaskan hubungan di antara Faisal Halim dan Safiq Rahim di dalam skuad kebangsaan ketika ini.

Faisal dan Safiq, kedua-duanya mendapat panggilan menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya yang pertama di bawah kendalian Kim Pan-gon sejak Isnin (14 Mac) lalu.

Jika anda masih ingat, kedua-dua pemain pernah terlibat dalam satu insiden sehingga menyebabkan Safiq dilayangkan kad merah ketika pertemuan Terengganu FC dan JDT dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia pada musim lalu.

“Saya dengan Safiq Rahim tak ada masalah apa. Saya bermain dalam satu pasukan kadang-kadang saya main sebelah kanan dan dia pun ada main di tengah dalam satu pasukan.

“Bila saya minta bola dia tetap bagi pada saya, jadi Safiq sebenarnya orang yang baik cuma biasalah orang tua dia suka marah-marah sikit,” jelas Faisal kepada Harian Metro baru-baru ini.

Bagi Faisal, pemain tengah JDT itu adalah seorang pemain yang cukup profesional.

Saya pun tak ada nak bawakan kes yang lepas nak bawa ke sini (kem latihan pasukan kebangsaan) nak dendam ke apa, tak adalah. Kira dia OK, saya pun Ok,” tambahnya lagi.

Faisal dan Safiq dijangka akan berada di dalam senarai akhir pemain yang akan terbang ke Singapura esok untuk menghadapi dua perlawanan antarabangsa sempena kalendar FIFA Mac ini.

Skuad kendalian Kim Pan-gon itu akan berhadapan Filipina pada 23 Mac (Rabu), sebelum menentang tuan rumah, Singapura tiga hari kemudian.

Skuad kendalian jurulatih dari Korea Selatan itu turut akan berhadapan Alibirex Niigata sebagai perlawanan tambahan dalam usaha mengenali pemain dengan lebih baik pada 28 Mac sebelum terbang semula ke ibu negara.

Kongsi artikel ini