Apa akan berlaku pada hujung minggu akan datang sekiranya saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak ditangguh disebabkan penularan wabal COVID-19?
Liverpool berkemungkinan bergelar juara Liga Perdana Inggeris – buat kali pertama sejak 30 tahun yang lalu – sekali gus merangkul kejuaraan Liga Inggeris pertama mereka di era Premier League.
Malah skuad Jurgen Klopp berkemungkinan besar sudah pun bergelar juara Ahad lalu, namun penangguhan itu sememangnya satu penyeksaan. Apatah lagi buat penyokong setia Liverpool.
Liverpool FC Training Suspended For 2 Weeks | Liverpool Daily News
Tom and Ross discussed the implications of #LFC's training being suspended further and the potential to be crowned champions in a Nike kit!
Free to view/listen: https://t.co/GCjK9tPfUJ pic.twitter.com/1yc6TuCMxC
— The Redmen TV (@TheRedmenTV) March 17, 2020
Liverpool kini memiliki 25 mata sahaja lagi untuk bergelar juara. Terbaru, 20 kelab Liga Perdana Inggeris dikatakan sepakat untuk menamatkan saingan pada musim ini selewat-lewatnya pada akhir Jun hadapan.
Jika ini yang berlaku, maka satu-satunya pihak yang mendapat keuntungan adalah Nike yang baharu sahaja mengikat kontrak bersama Liverpool sebagai pembekal rasmi jersi pasukan The Reds mulai musim hadpan.
Ini kerana kontrak Nike bersama Liverpool akan bermula pada 1 Jun akan datang. Ia juga bermakna Liverpool hampir pasti akan menjulang dan berarak (jika keadaan sudah pulih) dengan jersi keluaran Nike.
❗️ | Liverpool could win the Premier League title wearing their new Nike kit if the season is revived and extended beyond the end of May.
[James Pearce] pic.twitter.com/Fvdrkl6xtg
— The Anfield Buzz (@TheAnfieldBuzz) March 16, 2020
Sejak enam musim yang lalu, Liverpool mendapat tajaan daripada sebuah lagi syarikat barangan sukan dari Amerika Syarikat, New Balance.
Malah sepanjang musim ini, Liverpool turut menggunakan jersi keluaran New Balance – dalam musim yang diangga amat bermakna dalam sejarah Liverpool sebagai sebuah kelab bola sepak.
Ia ibarat mimpi buruk buat New Balance sekiranya situasi ini berlaku. Tetapi bagaimana boleh kita nafikan Nike adalah entiti paling gembira kerana kejuaraan Liverpool ditangguhkan.