Nike Keluarkan Video Remastered ‘Ronaldinho Crossbar’, Sambut Ulang Tahun Ke-10

Selepas hanya dua tahun di Nou Camp, Ronaldinho dianggap sebagai barisan hadapan revolusi kelab Catalan itu yang menjuarai kejuaraan berganda La Liga dan Champions League pada musim 2005/06

Beberapa bulan sebelum itu, beliau dinobatkan pula sebagai pemenang Ballon d’ Or.

Syarikat jenama sukan terkemuka, Nike memulakan kolaborasi dengan Ronaldinho, dengan menjadikan beliau bintang You Tube.

Ia adalah sebahagian daripada kaedah pengiklanan kasut but oleh syarikat dari Amerika Syarikat itu untuk mempromosi Nike Tiempos.

Video tersebut memamaparkan Ronaldinho memperagakan kebolehan teknikal dan skill menimang bola, dan melepaskan rembatan berulang kali ke arah palang gol, tanpa bola menyentuh permukaan padang.

Apa yang berlaku pada ketika itu di alam maya ialah perdebatan sama ada video itu adalah asli atau tidak.

Sama ada Ronaldinho benar-benar hebat melakukan cross bar challenge berulang kali.

Pada era itu, tidak ramai yang mengenali dan mempunyai akses kepada You Tube.

Namun video ini menjadi video pertama yang ditonton sejuta kali buat kali pertama dalam sejarah You Tube.

Untuk menyambut ulang tahun ke 10 klip You Tube itu, Nike mengeluarkan versi remastered.

Kali ini untuk mempromosi pengeluaran terhad (limited edition) Tiempo Touch of Gold boots.

Bayangkan jika Ronaldinho merupakan pemain generasi pada hari ini.

Agaknya berapakah capaian yang boleh beliau lakukan dari video ini?

Apa-apa pun selamat hari jadi buat Ronaldinho.

Walaupun disambut di Paraguay dengan cara yang berbeza, semoga legasi pemain ini terus dikenang sepanjang zaman.

Kongsi artikel ini