Newcastle United menafikan berminat untuk memancing penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin.
Malah kelab Liga Perdana Inggeris itu mengesahkan tidak mempunya sebarang perancangan untuk membawa masuk mana-mana muka baharu ke dalam pasukan pada masa terdekat.
Perkara itu disahkan sendiri oleh kelab tersebut kepada akhbar Sinar Harian yang menghubungi kelab tersebut untuk tujuan pengesahan.
Harian Metro reported that Newcastle United are interested in Luqman Hakim. https://t.co/2NwLOBwvgs pic.twitter.com/1S548vwsId
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) June 18, 2020
Sebelum ini timbul desas desus mengatakan penyerang Bawah-19 negara itu turut menarik minat daripada dua kelab Eropah lain, iaitu Newcastle United dan juga Bayern Leverkusen.
Menurut jurucakap kelab yang dihubungi oleh Sinar Harian, Newcastle mengesahkan kelab itu kini sedang berada di ambang pengambilalihan oleh pemilik baharu.
Mike Ashley yang merupakan pemilik kelab sebelum ini dikatakan bersetuju untuk menjual Newcastle United kepada konsortium Arab Saudi dengan nilai £300 juta.
Jurucakap Newcastle United berkata, tiada sebarang rundingan atau perbincangan untuk bawa pemain muda berbakat negara, Luqman Hakim Shamsudin ke England. #sinarharian
https://t.co/xajHtcteto— SinarOnline (@SinarOnline) June 21, 2020
Pengambilalihan tersebut bagaimanapun belum diluluskan sehingga kini, menyebabkan ia mengundang bidaan baharu dari pihak lain.
“Memang tiada sebarang perjanjian (untuk membawa Luqman ke Newcastle).
“Kelab ini (Newcastle) sedang fokus untuk kembali pulih daripada pandemik Covid-19 dan memberikan perhatian pengambilan pemilik kelab baharu dalam tempoh akan datang.
“Newcastle dapat mengesahkan bahawa tiada sebarang perjanjian atau rundingan buat Luqman buat masa ini,” ujar jurucakap kelab kepada Sinar Harian.
✅ @guardian_sport’s 60 Best Young Talents
✅ @goal’s #NxGn Top 50@luqisham10, remember the name! ⚽️🌟💯#PlayOn pic.twitter.com/RPNQfJPjFB— Balrz.tv (@balrztv) April 2, 2020
Luqman pernah muncul sebagai salah seorang daripada 60 pemain muda terbaik di dunia yang disenaraikan oleh akhbar terkemuka Britain, The Guardian.
Pada tahun ini, Goal pula menyifatkan Luqman sebagai salah seorang 50 pemain muda terbaik dunia yang harus diberikan perhatian.
Luqman dijangka akan terbang ke Belgium dalam masa terdekat untuk menyertai KV Kortrijk dalam saingan Jupiler Pro League bermula musim hadapan.
Sumber: Sinar Harian