Newcastle United Minta Bantuan Super Ejen Mino Raiola

Newcastle United dikhabarkan telah menghubungi super ejen, Mino Raiola untuk memancing pemain-pemain bola sepak ternama dunia.

Sebuah akhbar di UK, The Express berkata pengurusan baharu The Magpies itu sudah pun menghubungi Raiola untuk memancing pemain Napoli, Hirving Lozano.

Susulan daripada itu, Newcastle dikatakan sudah pun membuka perbincangan dengan Napoli.

Deretan nama pemain telah dikaitkan akan ke St. James Park sejak berita pengambilalihan oleh konsortium Arab Saudi terhadap kelab itu tersebar.

Ianya juga bukan rahsia untuk Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman untuk merevolusikan kelab tersebut – sekaligus menjadikan kelab itu memiliki kuasa kewangan terbesar di Premier League.

Pemain sayap Mexico, Lozano pula telah dikaitkan dengan banyak kelab Premier League sebelum ini seperti Manchester United, Everton, dan West Ham.

Namun Newcastle kini seperti mendahului perebutan untuk Lozano yang memiliki ejen yang sama seperti Paul Pogba dan Erling Haaland.

Turut dikhabarkan berada di dalam radar Newcastle adalah bintang Real Madrid, Gareth Bale dan pemain pertahanan tengah Napoli, Kalidou Koulibaly.

Β 

Β 

Kongsi artikel ini