Newcastle United Antara Kelab EPL Buru Jesse Lingard

Sekurang-kurangnya empat kelab Liga Perdana Inggeris mahukan Jesse Lingard untuk saingan pada musim hadapan.

Pemain tengah itu mempunyai kontrak sehingga musim panas 2021. Di dalam situasi sebegini, kebiasaannya United akan menghidupkan ‘klausa istimewa’ yang membenarkan mereka menyambung kontrak pemain selama setahun.

Menurut laporan, empat kelab yang dikatakan berminat untuk khidmat Lingard adalah Leicester City, Everton, West Ham United dan Newcastle United.

 

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Lingard dikaitkan dengan perpindahan ke Newcastle United.

Pemain berusia 27 tahun itu gagal menjaringkan sebarang gol atau menghasilkan bantuan gol di saingan EPL selama dua tahun.

Ketibaan Bruno Fernandes pada Januari lalu semakin menyukarkan Lingard untuk mendapatkan minit beraksi.

Peningkatan prestasi pemain muda seperti Daniel James dan Mason Greenwood turut menyebabkan Lingard sering kali hanya memanaskan bangku pemain simpanan.

Ia pasti menjadi lebih sukar buat Lingard sekiranya United membawa masu Jadon Sancho atau pun Jack Grealish pada jendela perpindahan seterusnya.

Tindakan Lingard melantik Mino Raiola sebagai ejen turut bukan sesuatu yang disenangi United mengambil kira penglibatan pemain itu dalam kes Paul Pogba.

Lingard dan rakan dari akademi Andreas Pereira, kedua-duanya pernah diberikan amaran oleh pengurus pasukan Ole Gunnar Solksjaer untuk meningkatkan prestasi di dalam padang.

Adakah kini tiba masanya untuk Manchester United melepaskan Lingard?

Kongsi artikel ini