Kontrak New Balance bersama Liverpool bakal berakhir selepas tamat saingan pada musim ini. Selepas ini juara Liga Perdana Inggeris, juara eropah dan juara dunia itu akan menyarung jersi keluaran Nike.
Jenama New Balance mempunyai nostalgia dan pengertian tersendiri di kalangan peminat dan penyokong Liverpool.
Walaupun New Balance dan Liverpool akan berpisah selepas ini, ia tidak bermakna syarikat pengeluar pakaian sukan terkemuka Amerika Syarikat itu tidak akan mengeluarkan jersi lagi buat pasukan itu.
🏴🔴🏆 OFFICIAL: Liverpool 19-20 Champions Jersey Released: https://t.co/SDxTpISkZy
— Footy Headlines (@Footy_Headlines) June 29, 2020
Untuk mengenang dan menyambut kejuaraan pertama Liverpool di saingan Liga Perdana Inggeris di dalam tempoh 30 tahun, New Balance akan mengeluarkan jersi khas sebagai tanda kenangan.
Jersi tersebut akan dijual pada harga £70 dan akan dipakai oleh skuad kendalian Jurgen Klopp ketika menjulang trofi Premier League pada bulan hadapan.
Menurut laman sesawang New Balance, jersi tersebut adalah sama dengan jersi musim 2019/20.
🏆 C H A M P I O N S 🏆
Together, we made history.#NBFootball @newbalance @LFC pic.twitter.com/rg4a5aI1ZR
— New Balance Football (@NBFootball) June 25, 2020
Namun ia akan disulam dengan logo ‘NB’ dan perkataan ‘2019/20 Champions’ dan ‘Liverpool Football Club’ berwatna emas di bahaian dada jersi.
Ia akan menjadi jersi keluaran terakhir dari New Balance untuk kelab dari Merseyside tersebut sebelum Nike mengambil alih sebagai supplier utama bermula pada 1 Ogos akan datang.
Sebelum ini Liverpool mengesahkan New Balance aka kekal sebagai pembekal jersi rasmi pasukan itu sehingga penghujung Julai. Kontrak asal tamat pada penghujung Mei.
Penantian Liverpool untuk bergelar juara liga berakhir pada Khamis lalu setelah pesaing terdekat, Manchester City tewas 2-1 kepada Chelsea.