Jersi baru Liverpool yang baharu dilancarkan dianggap netizen mirip jersi Timnas Indonesia lantaran menggunakan garis hijau di bahagian lengan.
Liverpool secara rasmi memperkenalkan jersi musim 2020/2021 yang direka khas oleh ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat, bagi menggantikan New Balance.
Terbaik.#TellUsNever pic.twitter.com/6ekutYUKMZ
— LFC Indonesia (Juara Premier League 🏆) (@LFCIndonesia) August 1, 2020
Laman rasmi kelab menjelaskan rekaan jersi baharu Liverpool diinspirasikan oleh kejayaan dan sejarah masa lalu pada 1993 sehingga 1996 yang dibuat oleh Adidas.
Seperti kebiasaan warna merah tentu masih mendominasi jersi ‘Home’ Liverpool edisi kali ini. Namun, pada bahagian hujung lengan lengan dililit garis hijau (teal) dan putih.
Sejumlah netizen berasal dari Indonesia tidak ketinggalan memberikan komen mengenai jersi terbaru juara eropah, dunia dan Inggeris ini.
ya ga salah sih. Bayangkan tuh jersey logo LFC, SC dan WU dicabut trus dipasang lambang garuda dan nomor pemain. Cakep
— mArv (@mArvAlcao17) August 1, 2020
Garis hijau di bahagian lengan dianggap mirip rekaan jersi skuad Garuda dari tahun 2012 hingga 2017.
Seperti kebetukan pada kerika itu jersi Timnas Indonesia juga turut ditaja dan direka oleh Nike.
Rekaan jersi skuad Garuda turut didominasi warna merah serta bahagian lengan dililit garis putih dan hijau. Namun, garis hijau lebih tebal daripada putih.
Liverpool Rilis Jersey Home 2020/21, Netizen: Ini Mah Jersey Timnas Indonesia! https://t.co/bu4LCoPvR5
— Bola (@Bolanet) August 1, 2020
“Ada warna hijaunya banyak yang bilang mirip jersey Timnas,” tulis akun @ShijuuRamadan40.
“Ya, enggak salah sih. Bayangkan tuh jersey logo LFC, SC, dan WU dicabut terus dipasang lambang Garuda dan nomor pemain. Cakep,” timpal @mArvAlcao17.
“Tidak yakin ini jersey Liverpool FC atau Timnas Indonesia,” tulis @Fachrizal_A mengomentari unggahan Twitter Bleacher Report.
Liverpool sendiri sudah memberikan penjelasan mengapa warna hijau muda (teal) dipilih dalam desain edisi kali ini.
Warna tersebut mewakili kota Liverpool yang identikal dengan burung Liver.