Musim Belum Bermula, Akram Mahinan Dah Bising Kualiti Padang Stadium

Isu kualiti padang sememangnya tidak lekang daripada menjadi sebutan peminat atau pemerhati bola sepak tempatan di setiap musim saingan Liga Malaysia.

Malah tidak keterlaluan jika kita ibaratkan isu ini sebagai penyakit barah kedua yang menjangkiti bola sepak di negara ini selepas isu tunggakan gaji pemain.

Isu kualiti padang mungkin agak hilang sejak beberapa bulan lalu selepas saingan Liga Malaysia 2022 tamat, dan kebanyakkan pemain sedang berehat.

Namun kurang sebulan sebelum sepak mula musim baharu, isu kualiti padang kini kembali walaupun pada ketika ini kebanyakkan pasukan sedang menjalani latihan pra musim.

Terbaru, pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan meluahkan rasa tidak puas hati akan keadaan padang melalui satu ciapan yang dilakukannya.

“Ambil stadium padang tak reti nak jaga,” tulis beliau ringkas disertai dengan emoji.

Walaupun tidak menyatakan padang stadium mana secara khusus, Akram dipercayai merujuk kepada keadaan padang Stadium Bolasepak Kuala Lumpur yang menjadi homegrown skuad warga kota sejak beberapa musim yang lalu.

Kualiti padang di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebenarnya bukan peekara baharu dan sudah berlanjutan sejak beberapa musim lalu.

Tugas penyelenggaraan stadium tersebut dipercayai dibawah tanggungjawab pihak swasta. Namun demikian pihak berkenaan dipercayai gagal menyelenggarakan keadaan padang dengan baik.

Pada Julai lalu, pihak KL City FC dilaporkan terpaksan melakukan kerja baik pulih dengan bajet sendiri untuk membenarkan padang Stadium Bolasepak Kuala Lumpur boleh digunakan untuk pertandingan AFC.

Padang rumput stadium tersebut sekali lagi menjadi tumpuan ketika berlangsungnya kejohanan Piala AFF Mitsubishi Elektrik 2022.

Dijadikan sebagai gelanggang tuan rumah oleh pasukan Brunei, keadaan padang di stadium tersebut secara terang-terangan disindir oleh pasukan Thailand yang beraksi menentang Brunei di saingan Kumpulan A.

Selepas menjalani latihan di stadium tersebut sehari sebelum perlawanan, media sosial rasmi skuad kebangsaan Thailand sempat berkongsi sebuah foto ‘upclose’ keadaan rumput padang tidak rata Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Walaupun tidak menyatakan secara khusus, ia seolah-olah memberi indikasi skuad Thailand tidak berpuas hati dengan keadaan rumput di stadium tersebut.

Kongsi artikel ini