Mungkinkah 5 Pemain The Azkals Berkelana Di Liga Malaysia Mampu Sekat Kemenangan Pertama Kim Pan Gon

Para penyokong Harimau Malaya sudah pasti tidak sabar untuk menonton skuad kendalian jurulatih baharu kebangsaan , Kim Pan Gon di dalam saingan FAS Tri-Nation Series 2022 menjelang aksi pertama menentang Filippina pada jam 08.00 malam ini.

Aksi persahabatan antarabangsa berstatus Tier 1 dengan pertemuan skuad Azkals yang menghuni ranking dunia lebih tinggi iaitu pada kedudukan ke-129 sebelum pasukan negara berdepan dengan tuan rumah ,ย  Singapura (ranking ke-161) yang akan berlangsung di Stadium Nasional republik itu.

Ini merupakan medan sulung jurulatih yang berasal dari Korea Selatan dalam misinya mengembalikan semula kepercayaan peminat terhadap sekuad kebangsaan dan barisan pemain sekaligus mengubah nasib pasukan negara selepas kemuncak kegagalan mereka di Kejuaraan Piala AFF 2020 Disember yang lalu menyebabkan Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih.

Kemenangan ke atas Filipina dan Singapura dianggap penting bagi pasukan negara yang kini berada di ranking ke-154 dunia. Namun Filippina juga tidak akan membiarkan maruah bola sepak mereka disentap oleh Malaysia sekalipun terdapat pemain kebangsaannya berkelana di Liga Super Malaysia , lencana di dada demi negara tetap diutamakan.

Berikut pemain-pemain import kelab Malaysia yang berada dalam skuad kebangsaan Filippina untuk perlawanan persahabatan pada malam ini.

1. Carli de Murga (Johor Darul Taโ€™zim)

2. Bienvenido Maranon (Johor Darul Taโ€™zim)

3. Manuel Ott (Terengganu FC)

4. Kevin Ray Mendoza (Kuala Lumpur City)

5. Justin Baas (Melaka United)

Kelima-lima pemain ini merupakan pemain yang berpengalaman dalam skuad kebangsaan The Azkals dan berada dalam kesebelasan pemain ketika Kejohanan Piala AFF 2020 dan kemenangan terbesar mereka pada ketika itu perlawanan dengan Timor Leste 7-0.

Berdasarkan rekod pertemuan terakhir kedua negara ini seri 0-0 menerusi perlawanan persahabatan pada 2017. Itu merupakan keputusan seri kali kelima berturut-turut dicatat pada pertembungan kedua-dua pasukan selepas Malaysia dan Filipina seri 1-1 dan 0-0 pada 2012 serta dua kali seri 0-0 pada 2014 di Selayang dan Cebu.

Sebelum itu, Malaysia menewaskan Filipina 4-0 pada aksi sulung peringkat kumpulan Piala AFF 2007 di Bangkok (12 Januari 2007) manakala kali terakhir Filipina mengatasi Malaysia ialah pada aksi peringkat kumpulan Sukan SEA 1991 di Stadium Memorial Rizal (28 November 1991) menerusi kemenangan tipis 1-0.

Kongsi artikel ini