Kelab Paris Saint Germany telah mengumumkan bekas pengurus Southampton dan Tottenham Hotspurs Mouricio Pochettino telah dilantik sebagai jurulatih kelab berkenaan dalam satu sidang media khas pada hari semalam.
Jurulatih kelahiran Argentina ini telah menandatangani kontrak sehingga 30 June 2021 dan mempunyai tambahan satu tahun lagi sekiranya jurulatih itu berjaya membawa Trofi Liga Juara-juara Eropah untuk PSG.
Welcome Mauricio Pochettino 👋pic.twitter.com/Fr4ZgKxhNI
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) January 2, 2021
Pochettino 48 yang pernah mewakili PSG pada tahun 2001 sehingga 2003 telah dipecat Spurs pada November 2009 dan digantikan oleh Jose Mourinho pernah dikaitkan dengan kelab Manchester United untuk menggantikan Ole Gunnar Solksjaer sebelum ini.
In January 2001, Mauricio Pochettino signed for PSG.
20 years later, he's returning as manager 🔁 pic.twitter.com/C1o3VRvTop
— B/R Football (@brfootball) January 2, 2021
Beliau yang menggantikan Thomes Tuchel yang dipecat oleh pemilik berbangsa Arab kelab itu pada 29 Disember yang lalu setelah mengendalikan PSG selama dua setengah tahun walaupun jurulatih berbangsa Jerman itu berjaya membawa PSG menyapu bersih tiga piala Perancis dan layak ke perlawanan akhir UCL sebelum kalah dengan Bayern Munich musim lepas.
Pochettino akan mengendalikan sesi latihan pertama dan berjumpa dengan semua pemain termasuklah Neymar serta Mbappe pada hari Ahad ini sementara Liga Perancis dihentikan buat sementara waktu berikutan menghadapi musim sejuk di sana.
Beliau memberitahu kepada media dalam sidang khas oleh kelab PSG mengatakan jujurnya berasa gembira untuk kembali dan menjadi pengendali kelab yang sememangnya sentiasa berada tempat istimewa di dalam hatinya.
How are you feeling this evening? 😏
🔴🔵#AllezParis pic.twitter.com/2VhadkKJY2
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) January 2, 2021
“Saya kembali ke kelab hari ini dengan kerendahan hati yang mempunyai cita-cita untuk bekerja dengan beberapa pemain paling berbakat di dunia,” kata Pochettino.
“Pasukan ini mempunyai potensi yang luar biasa dan saya serta staf kejurulatihan saya akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan yang terbaik bagi Paris St-Germain dalam semua pertandingan. Kami akan meningkatkan kualiti permainan dengan gaya menyerang yang menjadi identiti PSG pada kali ini.
Pengerusi dan Ketua Ksekutif PSG Nasser Al-Khelaifi menyatakan bahawa kepulangan Pochettino sangat sesuai dengan cita-cita kelab ini dan sambil menambaj ia akan menjadi satu lagi babak yang menarik untuk kelab dan yakin peminat akan menerima dan menikmatinya.
Pemain Tottenham , Dele Alli adalah pemain pertama yang akan cuba dipancing oleh Pochettino bulan Januari ini samada secara pinjaman ataupun secara tetap selepas pemain ini jarang digunakan oleh Jose Mourinho dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.