MotoGP Ceska: Valentino Rossi Anggap Sirkit Brno Istimewa

Pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi menganggap Sirkit Brno memiliki keistimewaan tersendiri buat dirinya.

Perkara itu dinyatakan oleh Rossi menjelang MotoGP Ceska 2020 yang akan berlangsung di sirkit tersebut.

Rossi menganggap Brno memiliki keistimewaan tersendiri kerana di situlah beliau meraih kemenangan pertama kariernya di arena pemotoran.

“Sekarang waktu untuk Brno dan sirkit ini sentiasa istimewa buat saya kerana di sinilah saya meraih kemenangan pertama ketika di kelas 125cc,” kata Rossi.

“Tahun 1996 tidak sama sekali akan saya lupakan.”

Selain kerana ia adalah sirkit pertama di mana Rossi meraih kemenangan, Brno turut dianggap istimewa bagi pelumba berusia 41 tahun itu kerana kehadiran penyokong yang sentiasa padat.

Keadaan semasa membuatkan penyokong tidak dapat hadir ke sirkit untuk menyaksikan perlumbaan.

“Suasana balapan di sini sangat menarik. Sayangnya kami harus ke balapan tanpa kehadiran penyokong.

“Namun demikian sirkit [cabaran] ini tetap menarik dan kami akan tetap memberi yang terbaik untuk menghiburkan penyokong daripada rumah,” tambah Rossi lagi.

Masa depan Rossi selepas musim 2020 masih lagi menjadi persoalan tatkala khabar angin kencang mengatakan beliau akan menyertai Petronas Yamaha SRT mulai musim 2021.

Tiada sebarang pengumuman akan dilakukan sebelum 23 Ogos mengenai hala tuju Rossi.

Malah Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) kini dikatakan sedang memuktamadkan perjanjian dengan pihak Yamaha berhubung penyertaan juara dunia tujuh kali kelas MotoGP, Valentino Rossi dalam pasukan berkenaan musim depan.

Walaupun bakal beraksi dengan pasukan satelit, Rossi dikatakan akan tetap menerima sokongan terbaik dari segi jentera dan jurutera dari Yamaha sendiri.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email