Hanya kerana Mohamed Salah berkongsi model baharu telefon pintar jenama Oppo, sebahagian dari netizen di dalam negara terkeliru.
Maka disebabkan hal itu sahaja, nama Salah sekali lagi trending di Twitter. Kerana telefon pintar.
Bagi peminat bola sepak khususnya penyokong setia The Reds, Mohamed Salah sudah diibaratkan seperti salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman yang pernah menjadikan gelanggang keramat, Anfield sebagai arena.
Mana ada salah! Tak semua orang hidup senang, pakai ipon! oppo ni sebenarnya antara handphone yang terbaik dengan kos yg rendah 💪🏻👍🏻 https://t.co/vRRRn0kyir
— mAznah (@rsydomar) June 11, 2020
Bagi lawan, kelibat Salah bagaikan mimpi ngeri jika tidak dibendung.
Bagaimana pemain berusia 28 tahun ini melakukannya? Ini kisah Mohamed Salah; daripada budak jalanan di Negreeg, Mesir kepada pemain bola sepak ikonik di Anfield, Liverpool.
Pengenalan
Mohamed Salah dilahirkan di Basyoun Mesir pada 15 Jun 1992. 17 tahun kemudian, Salah melakukan penampilan sulung untuk El Mokawloon; bererti bermulanya karier profesional sebagai pemain.
Ianya tidak mudah buat seperti yang dijangkakan pada usia muda buat Salah.
Setiap hari, Salah harus menempuh perjalanan selama 4 jam dari Negreeg ke Kaherah untuk menyertai pasukannya menjalani latihan.

Untuk tidak lewat menyertai latihan, Salah terpaksa menamatkan waktu persekolahan lebih awal untuk tiba di padang latihan seperti yang dikehendaki oleh jurulatih.
Ini bermakna Salah hanya menghabiskan masa selama dua jam sehari di sekolah, sebelum terus ke padang latihan untuk mengejar cita-cita sebagai pemain bola sepak. Itulah karier yang menjadi tekad Salah sejak usia remaja.
Karier antarabangsa
Ianya adalah karier antarabangsa Mohamed Salah yang mencuri tumpuan kebanyakkan pemerhati bola sepak ketika usia muda pemain ini.
Penampilan pertama bersama Mesir, tiba pada usia 19 tahun buat Salah selepas penampilan yang meyakinkan bersama El Mokawloon.
Setelah tampil dalam perlawanan menentang Sierra Leone pada September 2011, gol antarabangsa sulung Salah untuk Mesir ialah ketika menentang Niger pada bulan berikutnya.
Antara pertandingan antarabangsa pertama yang disertai oleh pemain ini bersama Mesir ialah Sukan Olimpik yang dianjurkan oleh London pada 2012.
Tiga perlawanan peringkat kumpulan, Salah menjaringkan satu gol dalam setiap perlawanan; termasuk ketika hampir mengejutkan Brazil, sebelum tewas 3-2 oleh Neymar dan rakan-rakan.
Cabaran Salah dan Mesir bagaimanapun disekat oleh Jepun di suku akhir; selepas sebelum itu Salah cemerlang membantu Mesir menewaskan Belarus 3-1 untuk ke peringkat kalah mati.
Antara saat terindah Salah bersama pasukan negaranya sudah pasti ialah ketika membantu Mesir menewaskan Congo dengan gol minit akhir perlawanan pemain itu untuk menempah tiket ke Piala Dunia 2018.
Tidak ‘Salah’ ke Eropah
Mana-mana pemain bola sepak, pasti akan melihat Eropah sebagai kiblat bola sepak dunia. Salah turut tidak terkecuali.
Selepas kempen di Sukan Olimpik London, Salah berhijrah ke Switzerland untuk menyertai FC Basel. Ini turut bermakna, ia adalah buat pertama kali Salah berhijrah ke Eropah untuk mengejar cita-citanya.
“Ia tidak mudah. Ia sangat sukar untuk berpindah ke kelab dari benua yang berlainan. Apatah lagi pada usia yang sangat muda,”
“Saya membesar di Mesir, dan mengetahui segalanya mengenai Mesir. Tetapi saya tidak tahu apa-apa mengenai Switzerland. Saya tidak boleh bertutur di dalam Bahasa Inggeris, Swiss atau Jerman.”
“Saya juga tidak tahu di mana harus makan. Ia bagaikan saya hidup bersendirian,” ujar Salah ketika ditemuramah oleh media Liverpool pada Disember lalu.
Kisah Salah bersama Basel sebenarnya agak menarik. Pada ketika itu Salah adalah salah seorang anggota skuad B-23 Mesir yang berkunjung ke Switzeland untuk perlawanan persahabatan bersama kelab tersebut.
Tertarik dengan aksi Salah, FC Basel menjemput pemain itu untuk kekal selama seminggu di bandar tersebut untuk latihan bersama mereka.
Dan pada April 2012, FC Basel tidak membuang masa untuk mengikat Salah dengan kontrak selama 4 tahun, untuk satu lagi lembaran baharu di dalam karier bola sepak pemain ini.
Pilihan ‘Salah’ ke London?
Bagi yang mengikuti perjalanan karier Mohamed Salah sejak dari mulanya, pasti ramai yang bertanggapan bahawa pilihan pemain ini untuk menyertai Chelsea pada Januari 2014 adalah satu kesilapan.
Selain daripada Chelsea, laporan di Britain turut mengaitkan Salah dengan Liverpool. Namun akhirnya, Salah menolak pilihan untuk ke Anfield untuk menyertai skuad Jose Mourinho di Stamford Bridge, London.
Namun demikian, Salah mempunyai pendapat beliau tersendiri mengenai tempoh beliau bersama Chelsea itu.
📆 April 27 2014: Liverpool 0-2 Chelsea
The only time that Mohamed Salah has played in a Liverpool Premier League defeat at Anfield 🤯 pic.twitter.com/QHEh4lyPrR
— Goal (@goal) April 27, 2020
“Memang benar Liverpool turut menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat saya, tetapi akirnya saya memilih Chelsea.”
“Tetapi jika saya tiba di Anfield pada ketika itu, saya mungkin bukan pemain yang sama seperti hari ini. Tidak ada sesiapa yang akan tahu sebenarnya. Saya telah ke Chelsea dan hari ini saya adalah pemain Liverpool pada masa yang tepat.”
Namun demikian, Salah mempunyai pendapat beliau tersendiri mengenai tempoh beliau bersama Chelsea itu.
“Memang benar Liverpool turut menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat saya, tetapi akirnya saya memilih Chelsea.”
“Tetapi jika saya tiba di Anfield pada ketika itu, saya mungkin bukan pemain yang sama seperti hari ini. Tidak ada sesiapa yang akan tahu sebenarnya. Saya telah ke Chelsea dan hari ini saya adalah pemain Liverpool pada masa yang tepat.”
The Italian Job
12 hari selepas itu, Salah menjaringkan gol eropah pertama untuk Fiorentina apabila membantu kelab Itali itu menyingkirkan Tottenham Hotspur dengan agregat 3-1 di pertandingan UEFA Europa League (UEL).
Dua gol ketika membantu Fiorentina menewaskan Juventus 2-1 di separuh akhir pertama Copa Italia meyakinkan Fiorentina untuk mendapatkan Salah secara kekal, namun pemain ini memilih untuk menyertai AS Roma untuk saingan pada musim berikutnya.
Selepa meninggalkan La Viola, Salah menyertai AS Roma yang pada ketika itu di bawah bimbingan Luciano Spalletti.
“Spalletti adalah individu penting yang banyak membantu membentuk diri saya sebagai pemain. Beliau adalah jurulatih yang sangat bijak. Saya gemmar berbual dengan beliau selepas tamat sesi latihan.”
“Saya akan berkata: ‘Boss. Saya mahu tingkatkan aspek ini dan itu. Saya mahu lakukan ini.’ Apa sahaja anda katakan, Spalletti tidak pernah membantah. Walaupun dia tahu anda kepenatan dan perlu berehat, beliau akan memberitahu apa yang harus anda lakukan untuk meningkatkan keupayaan diri.”
“Spalletti adalah jurulatih yang banyak membantu saya membina karakter diri sebagai pemain. Di bawah beliau, saya turut meningkatkan aspek permainan bertahan, dan saya melakukan banyak penambahbaikkan di bahagian itu ketika bersama Spalletti,” jelas Salah.
Selama dua musim bersama AS Roma, Salah telah menjaringkan 32 gol dan 18 bantuan gol, serta turut diumumkan sebagai Pemain Tahunan kelab Rom itu selama dua musim di Itali.
This is Anfield
Salah adalah peminat Liverpool. Tidak ada sesiapa yang boleh meragui status itu, walaupun pernah memilih untuk ke Chelsea dan menolak pinangan ke Anfield sebelum ini.
Tahukah anda? Ketika berusia 18 dan 18 tahun, Mohamed Salah gemar bermain permainan video FIFA di peranti konsol Play Station.
📝 DEAL DONE: Mohamed Salah has signed a new long-term contract at Liverpool. (Source: @LFC) pic.twitter.com/XpqFaQ21vW
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 2, 2018
Apa yang dilakukan Salah ialah memindahkan dirinya ke dalam pasukan Liverpool untuk membenarkan watak dirinya beraksi bersama deretan bintang seperti Steven Gerrard, Sami Hyypia, Jamie Carragher, Michael Owen dan Xabi Alonso.
Sejak daripada itu, ia adalah cita-cita buat Salah untuk beraksi di Anfield dengan atmosfera luar biasa arena keramat The Kops sentiasa diingati oleh pemain ini.
Dan pada 19 Jun, impian Salah direalisasikan apabila Jurgen Klopp memastikan pemain ini tiba di Anfield dengan nilai perpindahan £34.3 juta.
Rumusan
2019 disifatkan sebagai tahun yang amt berhasil buat Mohamed Salah dan Liverpool. Selain daripada membantu kelab Merseyside itu muncul sebagai juara eropah buat kali ke-6 di dalam sejarah kelab, Salah turut membantu skuad kendalian Jurgen Klopp muncul juara dunia pada Disember lalu.
Kini pemain yang menyambut hari lahir ke-28 pada hari ini diambang kejuaraan Liga Inggeris bersama pasukannya itu. Kali terakhir Liverpool bergelar juara Liga Inggeris adalah pada 30 tahun yang lalu.
Dari seorang budak jalanan di Negreeg yang mengelirukan netizen di Malaysia kerana telefon pintar Oppo, nama Mohamed Salah pastinya akan terpahat sebagai legenda di Anfield.
Sudahkah anda memiliki buku Liverpool Mahkota Eropah tulisan Axello Tacts ini. Sekiranya belum, dapatkan sekarang. Ini adalah naskah tulisan anak tempatan yang pasti anda tidak mahu lepaskan.
Tak beli Salah
Jadi beli sekarang, tengah diskaun 15%
Atau Boleh wasap.my/60149470499 untuk pembelian dan sebarang pertanyaan.