Mo Salah amat dikenali sebagai pemain bola sepak yang murah hati. Terbaru, beliau tampil di sebuah stesen petrol dan membayar untuk petrol yang diisi oleh setiap pelanggan di stesen itu.
Pemain antarabangsa Mesir itu membuatkan ramai peminay bola sepak Inggeris kagum sejak menyertai Liverpool pada 2017, menjaringkan 91 gol dari 144 perlawanan, dan memenangi banyak anugerah peribadi sepanjang tempoh itu.
Di luar padang, kemunculan Mohamed Salah turut selalu mencuri tumpuan dengan senyumannya.
Yesterday Mo Salah arrived at a Sainsbury’s petrol station and paid for everybody’s fuel.
It’s the little things that make a difference 🙌 pic.twitter.com/rDWZl7GFhy
— LFCVine (@LFCVine) June 11, 2020
Pada Rabu lalu beliau tampil di sebuah stesen minyak di Sainsbury dalam pakaian lengkap untuk menyertai latihan. Beliau kemudiannya turut membayar petrol untuk semua pelanggan yang berada di sana.
Tindakan Salah mendapat pujian ramai. “Bagaimana saya tidak semakin menyukai beliau, sungguh merendahkan diri,” kata salah seorang daripada mereka.
Tidak kurang juga yang kecewa kerana tidak terserempak dengan Salah, kerana mungkin berada di stesen petrol tersebut sebelum lebih awal walaupun berkunjung pada hari yang sama.
Mate from work sent us this, salah just paid for everyone’s petrol, sound that pic.twitter.com/4QiBSo8lQ0
— Cameron Ford (@cameronKFord) June 10, 2020
Salah dan rakan sepasukannya di Liverpool kini sudah tidak sabar untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris apabila saingan disambung semula dalam tempoh seminggu lagi.
Kejuaraan itu nanti bakal menamatkan penantian selama 30 tahun The Kops bergelar juara, selepas kali terakhir menjulang kejuaraan Liga Inggeris pada 1990.
Berkelebihan 25 mata ke atas pesaing terdekat Manchester City, Liverpool kendalian Jurgen Klopp hanya memerlukan dua lagi kemenangan, atau pun enam mata sahaja lagi untuk merealisasika impian penyokong setia Liverpool yang sudah lama menanti.