Ada yang akan menggelar beliau sebagai legenda Chelsea dan Leeds United. Namun bagi peminat Chelsea sebelum kelab itu kaya raya mengejut, nama Jimmy Floyd Hasselbaink adalah pujaan peminat kerana kualiti beliau.
Sebab itulah beliau adalah cult hero, walaupun banyak kelab lebih besar ketika itu mahukan beliau dia tetap bersama dengan Chelsea.
Ada yang melabel Hasselbaink sebagai No.9 sejati. Atau mungkin ada yang melabel pemain ini sebagai seorang poacher yang digeruni.
Tidak kurang juga terdapat ramai komuniti bola sepak di Malaysia dan luar negara yang bertanggapan nama Encik Jimmy itu sendiri adalah misteri. Kita akan rungkai hal ini.
Apa pun gelaran taktikal di atas padang, ada dua perkara yang kekal konstan mengenai Jimmy Floyd Hasselbaink.
Pertama, beliau adalah seorang penyerang sejati yang mampu menjaringkan berdozen-dozen gol, dan kedua, Hasselbaink dikenali sebagai individu yang tidak pernah lari dari kontroversi.
Karier awal
Tahun kedua menetap di Zaandam setelah dibawa berhijrah oleh ibunya ketika masih kanak-kanak, Hasselbaink mulai menyertai pasukan remaja Gestaagt Volharding Overwint sebagai penjaga gol.
Hasselbaink kemudian menyertai Zaansche Football Club dan kemudiannya Zaanlandia sebagai pemain sayap kanan.
Selepas pernah ditahan dan dimasukkan ke pusat pemulihan akibat terlibat dengan rompakan berkumpulan, Hasselbaink kemudiannya menyertai DWS selepas dibebaskan.
Jimmy Floyd Hasselbaink no Campomaiorense, antes de atingir a ribalta. #Hasselbaink #Jimmy Floyd Hasselbaink #campomaiorense #boavista #leedsunited #atleticomadrid #chelsea #middlesbrough #cardiffcity #charltonathletic #vintagefootball pic.twitter.com/bXhiQhqHvd
— Camisola 10 (@Camisolan10) February 21, 2019
Namun beliau dibuang oleh kelab tersebut selepas didapati bersalah mencuri jam tangan pemain skuad utama.
Karier di peringkat senior Hasselbaink bermula bersama Telstar. Tetapi di peringkat ini, pemain ini sering terpalit dengan masalah disiplin apabila sering lewat menghadiri latihan.
Penampilan pertama di Eerste Divisie (divisyen dua Belanda) untuk Hasselbaink tiba pada 27 Oktober 1990 bersama Telstar, namun beliau turut dibuang selepas itu kerana tampil lewat untuk pelawanan.
Pendek kata, Hasselbaink melalui pelbagai masalah di peringkat awal karier termasuk di AZ, sebelum gagal di dalam sesi pemilihan bersama FC Eindhoven sebelum membawa diri ke Portugal.
Misteri sebuah nama
Ramai wartawan di England awalnya tak tahu cara memanggi nama beliau. Disebabkan nama beliau tidak ada Jimmy tetapi kenapa orang memanggilnya Jimmy?
Ramai yang memanggilnya Mr. Jimmy / Encik Jimmy ataupun Encik Hasselbaink. Sedangkan nama sebenar beliau adalah Jerrel Floyd Hasselbaink. Dari mana datangnya Jimmy?
Menjelaskan perkara tersebut kepada wartawan Four Four Two dalam satu temubual, beliau berkata:
Jimmy Floyd Hasselbaink came to prominence by scoring 20 goals in 23 league games for Boavista in 96/97 pic.twitter.com/EuMCcV2J8F
— World Cup Stories (@storiesworldcup) April 14, 2014
“Floyd adalah nama kedua saya yang sebenar. Jimmy adalah nama panggilan saya ketika saya berpindah ke Portugal dari Belanda pada 1995.”
“Ketika itu pengerusi kelab lebih suka memanggil saya Jimmy berbanding Jerrel.”
“Seterusnya nama itu terus melekat pada diri saya sehinggalah saya berpindah ke England, ianya terus kekal menjadi Jimmy Hasselbaink.”
Apa yang pasti Encik Jimmy ini seorang yang sangat tenang di dalam kotak penalti dan tidak tergesa-gesa.
Bagai aur dan tebing
Jimmy Floyd Hasselbaink tiba di Leeds United pada 1997 dengan nilai £2 juta dari kelab Portugal, Boavista.
Sebelum ketibaan Hasselbaink, skuad Leeds kendalian George Graham hanya menjaringkan 28 gol dari 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Elland Road mungkin dilihat sebagai bukan destinasi yang tepat untuk pemain yang dianggap bermasalah itu. Tetapi Graham membuktikan beliau mampu memenuhi potensi di dalam diri Hasselbaink.
A REMINDER:
Leeds signed Jimmy Floyd Hasselbaink £2m and Alf Inge Haaland £1.6m in 1997, the duo helped them to a 5th place finish in 97/98 #LUFC ⚪️ pic.twitter.com/7zXLzXKHc7
— Football Remind (@FootballRemind) May 16, 2020
Jaringan di penampilan pertama dalam perlawanan menentang Arsenal adalah permulaan yang baik buat Hasselbaink bersama Leeds.
Tetapi Hasselbaink harus menunggu sehingga November 1997 untuk jaringan berikutnya, sebelum menjaringkan keseluruhan lima gol menjelang Krismas tahun yang sama.
Seperti baru mulai mendapat rentak yang diperlukan, Hasselbaink menjaringkan 22 gol untuk Leeds dalam semua pertandingan, sekaligus membantu kelab itu mengakhiri musim tersebut di tangga kelima dan layak ke pusingan kelayakan Piala UEFA.
“Pada peringkat awal karier, saya memerlukan seseorang yang boleh berkeras dan tegas dengan saya. George [Graham] ialah jurulatih yang keras dan tegas terhadap saya.
Jimmy Floyd Hasselbaink scores for Leeds United against Manchester United. pic.twitter.com/ioT8CwK1Ob
— 90s Football (@90sfootball) January 10, 2015
“Beliau tidak selalu adil. Tetapi beliau membuatkan saya sedar bahawa saya perlu bermain dengan baik di dalam perlawanan,” ujar Hasselbaink kepada The Independent dalam satu temuramah pada 2005.
“Saya yakin kerana beliaulah kami mampu beraksi baik sebagai sebuah pasukan. Hanya selepas anda pergi berlatih di bawah kendalian jurulatih lain, baharu anda akan sedar apa yang dikatakan oleh George itu adalah benar,” tambah beliau lagi mengulas mengenai bekas jurulatih itu.
Dituduh tamak
Walaupun pada musim berikutnya Graham pergi untuk menyertai Tottenham, Hasselbaink meneruskan ketajaman di hadapan gawang lawan dengan menjadikan pasukan seperti Liverpool dan Manchester United sebagai mangsa.
Musim 1998/99 Leeds menduduki tangga ke-4, dan Hasselbaink turut berkongsi kasut emas dengan Michael Owen (Liverpool) dan Dwight Yorke (Manchester United) pada musim itu.
Happy Birthday to ex Leeds United player Jimmy Floyd Hasslebaink, have a great day Jimmy, all best wishes to you 💙💛🎂🎈🎉 #MOT #LUFC #Netherlands xx@jf9hasselbaink pic.twitter.com/YLW6ZOhSue
— SUSAN SMITH 1 (@SmithLeedsUtd) March 27, 2020
Selepas itu hubungan Leeds dan Hasselbaink bertukar masam. Pemain itu yang dibayar £20,000 seminggu menuntut agar jumlah itu digandakan.
David O’Leary yang mengambil alih jawatan pengurus dari George Graham bersama pengerusi kelab Peter Risdale, menentang usaha itu walaupun akhirnya terpaksa tunduk dengan permintaan Hasselbaink.
O’Leary secara terbuka mengkritik mentaliti pemain tersebut sebagai tamak, dan turut menyalahkan asal usul Hasselbaink dari Belanda yang sentiasa mahu mendapatkan perkara yang mereka tidak wajar perolehi.
Musim serba tidak menjadi di Sepanyol
Leeds akhirmya melepaskan Hasselbaink ke Atletico Madrid yang dibimbing Claudio Raneiri pada 1999. Pada ketika itu Haseselbaink dikenali sebagai ‘Jimmy Floyd Piggybank’ oleh segelintir penyokong Leeds.
Pengalaman di Sepanyol bagaimanapun tidak seperti yang beliau harapkan. Berkelana di Madrid, Hasselbaink dan Atletico gagal kekal di La Liga dan tewas dalam perlawanan akhir Copa del Rey.
Jimmy Floyd Hasselbaink of Atletico Madrid. That might well be Ivan Campo trying to tackle him pic.twitter.com/xl4YQVwDux
— The League Magazine (@Theleaguemag) May 30, 2014
Walaupun menjaringkan 33 gol dalam semua pertandingan di Sepanyol termasuk dua gol ketika membantu Atletico mencipta sejarah di dalam tempoh 9 tahun menewaskan Real Madrid 3-1, Hasselbaink tetap meneruskan niat beliau untuk berhijrah.
Chelsea akhirnya memecahkan rekod perpindahan British pada ketika itu untuk membawa Hasselbaink kembali ke England dengan nilai £15 juta.
Kebangkitan En.Jimmy
Selepas Chelsea gagal dengan eksperimen Chris Sutton pada musim sebelumnya, pembelian Hasselbaink dianggap sebagai berisiko.
Gol sulung Hasselbaink untuk Chelsea ialah melalui penampilan pertama bersama The Blues dalam perlawanan Charity Shield menentang Manchester United.
On this day: 2000 – Jimmy Floyd Hasselbaink signed for @ChelseaFC from Atletico Madrid. #CFC #Chelsea @jf9hasselbaink pic.twitter.com/tpTCYR3weU
— Chad (@ChelseaChadder) June 2, 2018
Gianluca Vialli dipecat ketika kempen musim 2000/01 baru berusia sebulan, Hasselbaink sebaliknya mencipta nama buat dirinya di Stamford Bridge.
Kemudian Ranieri diumumkan mengambil alih tempat Vialli sebagai pengurus.
Kembali bergandingan dengan jurulatih dari Itali itu, Hasselbaink menampilkan konsistensi di hadapan gawang sehingga memenangi gelaran kasut emas dengan 23 gol pada musim tersebut.
Gandingan Hasselbaink-Gudjohnsen
Secara keseluruhan, Hasselbaink hanya berjaya mencetak 15 gol pada musim 2002/03 dan 18 gol pada 2003/04.
Pada masa ini, jentera serangan Chelsea dikenali dengan gandingan Hasselbaink bersama Eidur Gudjohnsen.
I miss these 2 man…….Hasselbaink and Gudjohnsen pic.twitter.com/arLLVMDX
— Hennessey (@Alex_Hennessey) January 20, 2013
Kedua-dua pemain bergandingan dengan baik di atas padang, dan menjadi sahabat baik juga di luar padang.
Hasselbaink sendiri pernah mengaku beliau pernah mengalami kerugian sebanyak £100,000 apabila berjudi di sebuah kasino bersama Gudjohnsen.
Kontroversi ciptaan En.Jimmy di ‘The Bridge’
Hasselbaink bukan individu yang tidak pernah lari kontroversi. Musim pertama di Stamford Bridge, Hasselbaink sudah mempunyai masalah dengan pemain pertahanan, Emerson Thome yang menyebabkan pemain itu dijual ke Sunderland.
Musim yang sama, Hasselbaink berhadapan masalah dengan rakan sepasukan Christian Panucci ketika Chelsea tewas kepada Leicester, sehingga memaksa Winston Bogarde campur tangan sebelum insiden yang lebih berat berlaku ketika perlawanan.
Musim berikutnya beliau dilaporkan bergaduh dengan jurulatih kecergasan, Roberto Sassi di padang latihan sehingga mengundang campur tangan Ranieri.
23 – Jimmy Floyd Hasselbaink scored 23 goals in his debut campaign with Chelsea, at the time, the most goals in a Premier League season by a non-Englishman, surpassing Jürgen Klinsmann in 1994-95 and Dwight Yorke in 1999-2000 (20). Maverick. #OptaPLSeasons pic.twitter.com/chpcCoHSRW
— OptaJoe (@OptaJoe) April 2, 2020
Dua musim berikutnya bukanlah musim yang produktif buat Hasselbaink dari segi jumlah jaringan. Namun Chelsea masih mampu kekal bersaing dan menamatkan saingan di kedudukan kedua dan kemudiannya di kedudukan keempat.
Chelsea dan Hasselbaink turut mara ke separuh akhir UEFA Champions League selepas mengecewakan pasukan ‘invicibles’ Arsenal di peringkat suku akhir di hadapan puluhan ribu penyokong lawan di Highbury pada 2004.
Ketibaan Roman Abramovich menandakan tamatnya satu era di Chelsea. Ranieri digantikan dengan pengendali dari Portugal, Jose Mourinho.
Hasselbaink turut membawa diri ke Middlesbrough untuk kembali bergandingan dengan Mark Viduka- rakan seperjuangan ketika kedua-duanya beraksi bersama Leeds.
Penutup
Hasselbaink dan Viduka berjaya membawa Middlesbrough ke perlawanan akhir Piala UEFA sebelum dikecewakan 4-0 oleh Sevilla.
Hasselbaink kemudiannya menyertai Charlton sebelum karier profesional beliau berakhir bersama Cardiff City, di mana beliau berjaya membawa pasukan itu ke perlawanan akhir Piala FA pada 2008.
Hasselbaink menamatkan karier sebagai pemain di peringkat kelab dengan merekodkan 250 gol keseluruhan.
#OnThisDay in 2004 a Viduka brace and Hasselbaink strike fired Middlesbrough to a 3-2 win over Man City… #Boro pic.twitter.com/jiIcJtu7Kl
— Ladbrokes (@Ladbrokes) December 6, 2015
Namun demikian Hasselbaink hanya memiliki Piala Portugal dan Charity Shield di kabinet trofi peribadi beliau untuk dipamerkan, walaupun karier beliau lebih diingati di Leeds dan Chelsea.
Menjaringkan gol dengan pelbagai kaedah melalui kaki kanan, kaki kiri, dari dalam atau luar kotak penalti, bola lambung, cip yang mengelirukan, voli, sekadar tap-in, sepakan penalti, sepakan percuma, lencongan bola, atau rembatan kencang persis roket.
Gol dijaringkan secara berpasukan, gol individu yang tamak, gol nasib, gol offside dan beberapa gol sendiri sepanjang karier.
Pernah menjadi misteri, Jimmy Floyd Hasselbaink ialah baka No.9 yang membuatkan mana-mana pertahanan lawan gerun di era kegemilangannya.