Pemain-pemain Johor Darul Ta’zim sudah mula kembali menjalani latihan berpusat sempena pra musim 2021 yang berbaki 15 hari lagi sebelum Liga Malaysia akan bermula.
16 DAYS TO 2021 SEASON KICK-OFF
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) players have returned to training in accordance with standard operating procedures set by the Malaysian Ministry of Health (MOH) and Malaysia Football League (MFL) for the 2021 season.
[1/3] pic.twitter.com/2ZOxKRRqr1
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 17, 2021
Back in training. No time to waste!
More photos at https://t.co/IcyQclsRJe
Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/VFLzig6XiE
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 15, 2021
The Hard Work Goes 🔛#JDT#TrainingSession#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/AhwT053vxT
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 16, 2021
Kelab yang berpengkalan di Johor Bahru ini akan menghadapi perlawanan pertama menentang pasukan Kedah pada 05 Mac 2021 bagi merebut kejuaraan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim , Nusajaya.
MFL: Liga Malaysia Bermula 5 Mac 2021, JDT Bertemu Kedah Buka Tirai Piala Sumbangsihhttps://t.co/dFAAtwRuO1
— VOCKET FC (@vocketfc) February 9, 2021
Ini merupakan musim baru bola sepak Liga Malaysia 2021 selepas menghadapi pandemik Covid-19 dan menjalani norma baru mengikut protokol yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dalam menerapkan konsep gelembung sukan.
Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini Tentang 'Sport Bubble' Liga Malaysia https://t.co/koTZMFSkXk
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 14, 2021
JDT pasti meneruskan misi ke lapan mempertahankan kejuaraan Liga Malaysia pada tahun ini. Sudah pasti rekod ini pasti dicemburui oleh pasukan lain , namun mereka mesti menerima cabaran ini dan berusaha cuba memecahkan monopoli kejayaan Harimau Selatan ini.
1. Kembali Safiq Rahim No. 8
Selepas dua tahun berkelana di Melaka United , pemain yang dikenali sebagai ‘Copot’ telah kembali ke JDT. Beliau merupakan pemain yang direkrut oleh Tunku Mahkota Johor pada tahun 2013 – 2018 membantu Johor menjulang Piala AFC pada tahun 2015 buat pertama kali.
Welcome Home Safiq Rahim! 🔴🔵
More photos at https://t.co/Duv4bA1y15#SR8#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/LjRvH1hAcQ
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 10, 2021
Home is where the heart is. #JDT 🔴🔵 pic.twitter.com/3QUBzQnqAL
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) February 10, 2021
Pengalaman yang ada pada pemain berusia 33 tahun ini pasti akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pengurus merangkap jurulatih Benjamin Mora dalam mengejar misi ke 8 merangkul Piala Liga Malaysia 2021 selain beliau mungkin dapat beraksi buat pertama kali dalam saingan pentas tertinggi di Asia iaitu Liga Juara-juara Asia (ACL) 2021
ALL-TIME JDT MOST ASSISTS
Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/HZb2VYXAIx
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 15, 2021
2. JDT Tanpa Kelibat Luciano Figueroa
Enam tahun memberikan kejayaan buat JDT , Luciano kini telah mengucapkan selamat tinggal kepada baginda Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku pemilik kelab JDT dan penyokong kelab itu kerana beliau telah pulang ke negara asalnya Argentina untuk memberikan tumpuan kepada keluarganya pula.
Datang ke kelab ini sebagai juara dan pergi sebagai lagenda , Lucho bukan sahaja seorang pemain pernah dijelmakan sebagai penyerang terbaik di JDT , beliau juga merupakan antara beberapa individu yang mendapat kepercayaan TMJ dalam meningkatkan prestasi pasukan dari semasa ke semasa.
LUCHO LEGACY
This Stadium Astro article highlights former Johor Darul Ta'zim FC (JDT) player and manager Luciano Figueroa and his contributions to the club.
[1/4] pic.twitter.com/97ow1B4JLH
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 25, 2021
Pernah menjadi duta JDT , pengarah sukan dan pengurus pasukan kelab , terlalu banyak pengorbanan yang telah Lucho lakukan sehingga beliau telah mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada Tunku dengan mempunyai tempat duduk penyokong atas namanya sendiri di Stadium Sultan Ibrahim.
On 22 September, JDT unveiled Luciano Figueroa Stand at the Sultan Ibrahim Stadium.
Living legend. pic.twitter.com/x9fEwXBKzJ
— Asian Football (@AsianFootballs) October 21, 2020
Ia sudah pasti menjadi seorang lagenda yang sangat dekat di hati penyokong kelab tersohor ini.
3. Stadium Sultan Ibrahim
Pada 22 Februari ia merupakan ulangtahun pertama stadium ini menjadi gelanggang tuan rumah skuad JDT. Stadium milik kelab JDT pasti menjadi pemangkin semangat pemain dalam memenangi perlawanan yang diadakan termasuklah sebagai pentas Piala Sumbangsih menentang Kedah pada 05 Mac nanti.
Do you know that February 22 is the first year anniversary of the our state-of-the-art Sultan Ibrahim Stadium?
We have something in store… Stay tuned!#SultanIbrahimStadium#StadiumOfTheYearNominee#AClassAboveTheRest pic.twitter.com/DGG3uP91BA
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 18, 2021
Perkongsian di platform media rasmi JDT ini menunjukkan akan ada kejutan yang dilakukan untuk penyokong setia Harimau Selatan.
4. Boys Of Straits Johor
Sudah lama kita tidak mendengar laungan Luaskan Kuasamu daripada Boys Of Sraits di dalam stadium. Teriakan dan nyanyian beramai-ramai oleh mereka ini amat dirindui oleh penyokong JDT.
Plenty of memorable times with the Boys Of Straits.
Thank you and Happy Anniversary!#JDT#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/12qVxhxzGr
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 2, 2021
Bergema laungan mereka menjadikan pemain lawan berasa gusar ketika berdepan dengan pasukan JDT. Menang atau kalah ekor Harimau Selatan ini tetap memberikan sokongan dan semangat tidak terhingga kepada pasukan mereka.
5. Jonathan Herrera Mesin Gol Baru
Pada 08 Februari yang lalu JDT secara rasmi memperkenalkan penyerang dari Argentina, Jonathan Herrera sebagai tenaga import baharu JDT bagi menggantikan tempat Diogo Luís Santo. Pemain prolifik berusia 29 tahun itu menandatangani kontrak selama 3 musim bersama JDT.
Welcome to the Home of Champions! 🔴🔵#JonathanHerrera#NewSigning#LuaskanKuasamu pic.twitter.com/LOlf5RQjWN
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 8, 2021
Sudah pasti beliau beliau diberikan penghormatan yang berkelas tinggi apabila dibawa ke Ibupejabat JDT dengan menaiki limousin mewah Chrysler 300C milik DYAM Tunku Mahkota Johor.
6. Lepasi Kelayakan Kumpulan Mara Hingga ke Suku Akhir ACL 2021
Kelab JDT telah bermain di ACL untuk tahun yang ketiga dan dilihat untuk memperbaiki sasaran yang lebih realistik. Itulah jawapan baginda kepada penyokong JDT dalam satu sesi soal jawab bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram Story.
TMJ Sasar JDT Lepasi Peringkat Kumpulan, Layak Ke Suku Akhir Saingan ACLhttps://t.co/SnODotBYnJ
— VOCKET FC (@vocketfc) February 1, 2021
7. Jersi Baru JDT
Kelab Johor Darul Ta’zim akan melancarkan jersi baharu mereka untuk musim 2021. Nike telah menjadi penaja kelengkapan kit dan peralatan bola sepak kelab berkenaan sudah pasti akan menghasilkan rekaan yang dimahukan oleh Tunku Mahkota Johor.
The 2021, 2022 and 2023 JDT jerseys are the best in my opinion compared to all the jerseys we've had since 2013.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor pic.twitter.com/6nzyhig8oQ
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 10, 2021
Jersi ‘Home’ dan ‘Away’ ini akan dilancarkan pada 24 Februari 2021 ini. Sudah pasti ia satu perkara yang sangat ditunggukan oleh penyokong setia mereka.
JDT will reveal the 2021 Home & Away Nike jerseys in yet another captivating, must watch and state-of-the-art video on 24 February 2021. Stay Tuned!
[5/5]
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 7, 2021
8. Aidil Zafuan Diiktiraf Pertahanan Paling Berjaya
Aidil was also selected as the Malaysian League Best Defender at the National Football Awards five times in 2009, 2010, 2012, 2015 and 2020.
No other Malaysian League player has achieved the same success, making Aidil a history-maker.
Read more : https://t.co/QmpZHuneNm
[3/3]
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 7, 2021
Lima kali sebagai pemenang pertahanan terbaik Malaysia menjadikan pemain ini adalah paling berjaya di dalam kelab dan Malaysia secara amnya.
Tenaga Aidil masih diperlukan oleh Benjamin Mora sebagai benteng utama dalam skuadnya walaupun kudratnya telah mencapai usia 34 tahun.
Tidak pasti sampai bilakah anak kelahiran bandar Seremban ini akan terus memberikan khidmatnya kepada JDT kerana sehingga ke hari ini tiada pemain lain yang mampu menggantikan tempatnya sebagai pertahanan tengah yang terbaik dalam kelab tersebut.