Mikel Arteta Minta Lembaga Pengarah Hantar Jemputan Untuk Wenger Kembali Kepada Kelab

Bos Arsenal, Mikel Arteta yang pernah bermain semasa Arsene Wenger menjadi pengurus sebelum ini mendedahkan bagaimana beliau banyak memberikan inspirasi kepadanya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang kejurulatihan

Mikel Arteta telah menjemput Arsene Wenger untuk mengambil alih peranan di Arsenal, menegaskan bahawa ia akan “sangat bermanfaat” untuk kelab itu.

Pengurus dari Perancis ini tidak kembali lagi ke The Emirates sejak meninggalkan kelab itu pada 2018 selepas 22 tahun mengendalikan pasukan dari utara London itu.

Arsene Wenger and Mikel Arteta back in 2014.

Wenger kini berkhidmat sebagai ketua pembangunan bola sepak global Fifa, tetapi Arteta ingin mengalu-alukan kehadiran bos lamanya ke Emirates dengan menjawat jawatan yang sesuai.

Bercakap di Sky Sports News, Arteta berkata: “Jika bukan kerana dia saya tidak akan berada dalam kedudukan saya hari ini dan saya tidak akan menikmati kerjaya yang saya miliki.”

Ditanya sama ada Wenger adalah sebab dia menjadi pengurus, Arteta menjawab: “Seratus peratus. Saya masih muda dan saya mempunyai idea saya, tetapi dia adalah tahap inspirasi yang berbeza tentang cara saya melihat permainan.

“Dia sangat bagus untuk menyampaikan maksud kelab bola sepak kepada pemain dan dia meletakkan tanda tanya berbeza kepada saya. Itulah sebabnya saya mula belajar dan mengambil bimbingan dengan lebih serius.

“Saya mahu dia sentiasa hadir di kelab. Saya fikir pemain akan menyukainya, mendapat manfaat, dan mendapat inspirasi yang sudah tentu menjadikan pasukan lebih bermotivasi.

Pasukan Arsenal Arteta telah menemui prestasi yang baik dalam beberapa minggu kebelakangan ini dalam Liga Perdana dan mereka telah memenangi tiga perlawanan terakhir mereka dan telah berada ditangga kelima dalam kedudukan liga.

Aksi mereka seterusnya selepas rehat antarabangsa pada 20 November ini apabila mereka bertandang ke Anfield untuk menentang Liverpool yang kini berada dua mata di atas mereka.

Baru-baru ini Wenger memberikan nasihat kepada peminat Arsenal dan Arteta ketika kelab itu mahu merebut tempay kelayakan Liga Juara-Juara musim ini secara automatik.

“Nasihat saya hanya kepada peminat untuk terus menyokong kelab,” kata Wenger.

“Kepada Arteta terus mencuba untuk mendapatkan momentum yang terbaik. Mereka telah melabur banyak wang dan berharap beberapa potensi dalam pasukan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Pencapaian terhebat lagenda pengurus berusia 72 tahun ini telah dilengkapkan dengan satu penerbitan dokumentari yang baharu sahaja dirasmikan pada malam semalam, bertajuk Arsene Wenger: Invincible.

Daripada pembikin ‘Bobby Robson: More Than A Manager’ dan ‘Finding Jack Charlton’, dokumetari ini menceritakan kisah-kisah yang tidak diketahui langsung oleh penyokong Arsenal sebelum ini serta pelbagai pandangan

unik mengenai pasukan Arsenal yang memenangi kejuaraan Liga Perdana 2003/04 tanpa kalah dalam perlawanan. .

Antara individu yang bertaraf lagenda dan pemain bertaraf bintang yang sebagai individu jemputan bagi membicarakan tentang lagenda Highbury ini ialah , Sir Alex Ferguson, Thierry Henry, Patrick Vieira, Dennis Bergkamp , Ian Wright, Emmanuel Petit dan Robert Pires yang bersedia untuk memberikan perincian bagi mengenang kembali era bersejarah pada waktu itu

Dokumentari ini untuk tayangan terhad di pawagam UK serta ditayangkan di dua pawagam London iaitu pawagam Picturehouse di Finsbury Park dan Hackney yang akan bermula pada 11 November 2021.

Bagaimanapun bagi peminat Arsene Wenger ia boleh ditemui penstriman  melalui Amazon Prime Video, Sky, Google Play atau Apple TV pada 22 November 2021 secara berbayar. Manakala DVD atau Blu Ray dokumentari ini itu boleh ditempah awal sebelum tayangannya pada 22 November 2021.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email