Kekuatan dan kepantasan pukulan mantan juara dunia tinju kelas Heavyweight, Mike Tyson membuat seorang jurulatih mixed martial art {MMA)ternama Rafael Cordeiro terkejut.
Tyson membuat banyak pihak kagum setelah memuat naik video latihan melalui media sosial. Tyson menunjukkan kekuatan dan kepantasan tumbukan yang luar biasa pada usia 53.
Cordeiro yang merupakan pemilik sasana Kings MMA di California, menjadi salah satu pihak yang kagum melihat video latihan Tyson. Malah Cordeiro menyifatkan keupayaan Tyson dilihat seperti lebih muda dari usia sebenarnya.
“Saya tidak tahu apa yang harus kita jangakan. Tyson tidak pernah memukul mitts [pelindung tangan untuk latihan] hampir sepuluh tahun. Jadi saya tidak menjangkakan apa yang saya lihat,” ujar Cordeiro kepada ESPN.
“Saya melihat seorang peninju dengan kepantasan dan kekuatan yang sama seperti lelaki berusia 21, 22 tahun,” sambung Cordeiro.
Cordeiro juga percaya dengan kata-kata Tyson yang mahu kembali arena perlawanan. Pelatih yang pernah bekerja dengan Tyson pada lewat 1980an itu juga yakin Iron Mike mampu kembali untuk bertarung.
“Mike Tyson harus mempunyai seorang lawan [rakan sparring] untuk berlatih yang bagus [jika ingin berlawan lagi]. Dia sudah berusia 53 tahun. Tetapi jika dia meletakkan setiap fokus, fikiran dan kekuatan badannya di atas gelanggang, dia mampu berubah,” tambah Cordeiro.
Jurulatih profesional itu juga berkata Tyson memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk siap sepenuhnya sebelum kembali bertarung. Dan pada ketika ia bukan pertarungan persahabatan sahaja yang mampu dilalui oleh nya.
“Ini bukan gurauan. Tyson akan bertambah kuat dan pantas. Saya percaya Tyson telah menahan dirinya sendiri untuk waktu yang lama. Dia bangga menjadi Mike Tyson seperti hari ini,” kata Cordeiro.
Pusat latihan MMA milik Cordeiro sudah melahirkan ramai juara dunia UFC, seperti Wanderlei Silva, Mauricio Rua, Lyoto Machida, Fabricio Werdum dan Rafael dos Anjos.
Sumber: CNN