Expand To Show Full Article
Mike Tyson Ditawar USD1 Juta Keluar Dari Persaraan, Lawan Legenda All Black - Grandstand Kita

Mike Tyson Ditawar USD1 Juta Keluar Dari Persaraan, Lawan Legenda All Black

Mike Tyson dilaporkan telah ditawarkan sebanyan USD 1 Juta atau bersamaan dengan RM4.32 Juta untuk keluar dari persaraan dan bertarung dengan bekas legenda All Black, Sonny Bill Williams di Australia.

Legenda tinju berusia 53 tahun itu sebelum ini mendedahkan beliau melakukan latihan sebagai persediaan untuk kembali ke arena, untuk perlawanan empat pusingan bertujuan untuk kutipan amal.

Juara heavyweight ikonik itu menunjukkan dirinya masih berbisa apabila muatnaik video latihannya menarik perhatian ramai, termasuk legenda MMA, Rafael Cordeiro.

Video tersebut turut menarik perhatian seorang promoter yang berpengkalan di Melbourne, Brain Amatruda dan beliau berkata: “Beliau mungkin berusia 53 tahun, tetapi beliau masih nama besar seperto bekas bintang AFL, Barry Hall, pemain NRL yang bersara, Paul Gallen atau pun Sony Bill yang akan mengambil setiap peluang untuk berhadapan dengan manusia paling jahat di planet.

Disoal sekiranya pertarungan tersebut akan berlaku, Amatruda berkata: “Saya akan adakan di Melbourne Arena, di mana ada 10,000 tempat duduk, atau di Prince Park yang noleh menempatkan 30,000 tempat duduk.”

Williams pula sekarang kembali beraksi di liga ragbi selepas bersara dari kesatuan ragbi, dan memenani semua tujuh penampilan profesional di sukan tinju sebelum ini.

Bagaimanapun beliau tidak pernah bertarung lagi sejak 2015.

Kemenangan terbesar dalam karier tinju setakat ini adalah ketika menewaskan juara dunia dari Afrika Selatan, Francois Botha pada 2013. Kemenangan tersebut turut diulit kontroversi.

Ditanya bilakah pertarungan akan diadakan, Amatruda berkata: “Kita tunggu sehingga wabak yang menyebabkan semua orang berkurung ini tamat, dan sudah tentu pertarungan hanya boleh diadakan pada tahun hadapan – asalkan kita boleh dapatkan visa.

Satu perkara yang pasti, Tyson tidak akan kurang dari segi tawaran sekiranya benar mahu kembali lagi ke arena.

 

Kongsi artikel ini