Pemain perancang Jerman , Mesut Ozil yang telah dipinggirkan terus oleh pengurus Mikel Arteta pada musim Liga Perdana Inggeris 2020/21 daripada senarai 25 pemain dalam pasukan Arsenal , telah menerima satu tawaran rasmi oleh kelab Major League Soccer (MLS).
Pemain berusia 32 tahun , yang mempunyai kontrak bersama Arsenal sehingga Jun 2021 ini dikhabarkan menerima tawaran untuk bermain di kelab DC United yang membuat perancangan membawa pindah masuk pemain berkenaan pada bulan Mac 2021.
Özil to DC United?https://t.co/fjdkWTmFiq
— AS English (@English_AS) December 9, 2020
Kali terakhir beliau bermain untuk Arsenal pada bulan Mac yang lalu ketika menentang Tottenham Hotspurs dan kalah kepada 2-0 di tempat lawan tersebut sebelum kejohanan semua Liga Eropah ditangguhkan akibat pendemik virus Covid-19 yang telah menyerang di seluruh dunia yang banyak mengorbankan nyawa manusia.
Ozil mempunyai kontrak yang berbaki enam bulan lagi bersama The Gunners dan beliau boleh memulakan perbincangan rasmi kepada mana-mana kelab yang meminati beliau dan seterusnya berpindah ke destinasi baru.
Menurut satu laporan Daily Maily , Ozil juga telah menerima tawaran daripada kelab di Qatar , Italy dan tidak terkecuali tawaran dari kelab Feberbahce S.K , Turki.
Fenerbahce are very close to completing a deal for Mesut Ozil ahead of the January transfer window [@Sport_Witness]https://t.co/56aQPjTWIx pic.twitter.com/j0MwZxeVak
— AFTV (@AFTVMedia) December 8, 2020
Pemain penyerang tengah yang beragama Islam ini telah menyertai Arsenal pada September 2013 daripada Real Madrid dengan bayaran perpindahan sebanyak $ 52 juta euro semasa di bawah pengurus lagenda , Arsene Wenger.
Pemain ini telah membantu Arsenal memenangi Trofi Piala FA sebanyak tiga kali tetapi masih kempunan untuk menjulang Mahkota Kejuaraan Liga Inggeris yang kali terakhir dimenangi pada tahun 2003/2004. Impian paling terdekat untuk menjadi juara Mahkota EPL pada tahun 2015/2016 setelah tewas dengan Leicester City dan Arsenal berada di tangga kedua.
Ini bermakna hampir 15 tahun penyokong Arsenal masih lagi menunggu untuk menikmati kejayaan bergelar Juara EPL.
Arsenal midfielder Mesut Ozil is the latest international sports celebrity to be at the center of controversy over China's hard-line policies, igniting fury among Chinese internet users by denouncing the country's mass detention of Muslimshttps://t.co/8oRGI9urTH
— The Sydney Morning Herald (@smh) December 15, 2019
Karier Mesut Ozil di Arsenal terjejas semenjak beliau memuatnaik satu sokongan khususnya kepada etnik Uighurs iaitu “warriors who resist persecution” bermaksud pahlawan yang menentang penganiayaan serta mengkritik cara layanan kerajaan China terhadap kaum minoriti berkenaan serta sikap berdiam diri daripada kalangan negara-negara Islam
Ini mengundang respon negatif kerajaan China dan stesen rangkaian sukan di negara itu menyingkirkan jadual siaran secara langsung perlawanan Arsenal menentang Manchester City seterusnya dari jadual mereka.
The NBA now has company when it comes to controversy in China: Arsenal of the English Premier League — owned and operated by Stan and Josh Kroenke of the Denver Nuggets — saw its game removed from Chinese state TV today in the wake of comments by midfielder Mesut Ozil https://t.co/2qmClIqwos
— Marc Stein (@TheSteinLine) December 15, 2019
Pengurusan Arsenal segera berusaha mengeluarkan kenytaan rasmi untuk menjelaskan bahawa komen Ozil dibuat secara peribadi dan tidak mencerminkan pandangan kelab.
Bermula EPL musim 2020/2021 , pemain itu tidak mendapat sebarang perlawanan kompetetif di kesemua pertandingan di bawah pengurus Mikel Arteta walaupun jurulatih muda itu dikritik keras oleh para penyokong Arsenal kerana prestasi yang sangat tidak memuaskan. Arsenal berada di tangga ke 15 dengan hanya memperolehi 11 mata dari 11 perlawanan.
Apakah destinasi baru Mesut Ozil di antara dua kelab itu atau Arsenal mengubah pendirian untuk menyenaraikan semula nama beliau dalam senarai 25 pemain untuk membantu The Gunners memperbaiki prestasi yang merundum?