Menyanyi Karaoke Pada Siang Hari Adalah Satu Kesalahan Dan Denda RM250 Menanti Anda

Karaoke adalah antara aktiviti yang digemari oleh rakyat Malaysia. Kerana itulah pelbagai pusat hiburan karaoke boleh di dapati di mana sahaja terutama di bandar-bandar utama di dalam negara.

Namun untuk anda berkaraoke, tidak semestinya anda perlu mengunjungi pusat karaoke. Ia bukannya masalah untuk anda berkaraoke di rumah jika ada set karaoke sendiri.

Untuk memeriahkan suasana, anda turut boleh menjemput jiran tetangga dan sahabat handai untuk turut serta bersama berkaraoke.

Namun bagi kaki karaoke, ini sedikit berita buruk untuk anda sekiranya mahu berkunjung ke Filipina.

Di Filipina ianya adalah satu kesalahan untuk berkaraoke pada siang hari.

Perkara itu termaktub di dalam peraturan seperti mana yang diumumkan sendiri oleh Datuk Bandar manila, Isko Moreno pada 8 Oktober yag lalu.

Di Manila aktiviti berkaraoke pada siang hari adalah dilarang sama sekali. Ia selepas pemimpin-pemimpin di bandar tersebut menandatangani satu ordinan dikenali sebagai ordinan No.8688 untuk mengklasifikasikan berkaraoke pada siang hari sebagai satu kesalahan.

Bukankah lebih baik berkaraoke pada siang hari daripada melalak pada sebelah malam? Apakah punca kepada pengubalan peraturan pelik ini?

DAYTIME USE OF VIDEOKE, KARAOKE AND OTHER SOUND-PRODUCING DEVICES DISTURBING OUR COMMUNITIES ARE NOW BANNED IN…

Posted by Isko Moreno Domagoso on Wednesday, 7 October 2020

Sebenarnya peraturan tersebut terpaksa dilakukan berikutan peningkatan rungutan daripada ibu bapa yang mendakwa aktiviti berkaraoke telah menganggu proses pembelajaran ‘online’ anak mereka.

Tatkala dunia dilanda pandemik, pembelajaran online pada hari ini menjadi semakin penting. Bayangkan anak anda sedang mengikuti kelas online bersama guru, dan jiran sebelah melalak berkaraoke.

Ia pasti menjadi satu ganggan bukan? Disebabkan itu setiap pesalah akan didenda sebanyak PHP 1,000 (US$20/RM80), PHP 2,000 (US$41/RM160), and PHP 3,000 (US$62/RM250) untuk kesalahan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Peraturan tersebut bagaimanapun hanya digunapakai dari jam 7am sehingga 5am pada Isnin sehingga Sabtu.

Di negara kita rasanya beluma ada lagi keperluan untuk melaksanakan peraturan yang sama. Namun suka penulis ingatkan supaya setiap daripada kita bertimbang rasa sebelum berkaraoke.

 

Sumber: Mashable

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email