Menteri KBS Mohon Maaf Susulan Kenyataan Kontroversi Terhadap Penyokong Harimau Malaya

Menteri KBS memohon maaf kepada semua penyokong Harimau Malaya susulan kenyataan beliau menyalahkan sorakan penyokong faktor Harimau Malaya tewas kepada Bahrain kelmarin.

Permohonan maaf Menteri KBS itu dizahirkan melalui ciapan Twitter rasminya dan menyatakan bahawa sokongan dan sorakan penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan dihargai.

‘Bila dah kena balon , saya pun pening). Cakap2 bola saya disalaherti. Ampun dan maaf atas kesilapan saya.

Menteri KBS itu dikecam teruk oleh para penyokong Harimau Malaya setelah membuat kenyataan kontroversi yang dipetik dari Harian Metro pada hari semalam.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata penyokong menjerit bersorak nama De Paula sebagai pemain gantian mengakibatkan pemain lain hilang fokus ke atas perlawanan yang sedang dihadapi.

Seingat saya sejurus jaringan pertama kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak.

“Sorakan penyokong sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekali gus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol.”

Pihak Ultras Malaya membidas kenyataan Menteri KBS itu dan bertanya kepada beliau.

“Kau nak chant special ke?ujar admin UM’07

Berbeza dengan ketua  jurulatih negara Kim Pan-gon , beliau amat menghargai penyokong Harimau Malaya yang datang memenuhi stadium bagi memberikan sokongan padu kepada pasukannya.

Pada malam ini , misi kemenangan wajib ke atas Bangladesh yang mesti dilaksanakan oleh skuad kebangsaan untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2023 selepas 4 dekad lamanya tidak memasuki kejohanan berkenaan.

Dan ini sudah pasti , sorakan penyokong diperlukan dalam stadium untuk membakar semangat pemain mencatatkan kejayaan yang selesa.

Ayuh , penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil demi skuad kebangsaan kebanggan kita.

 

 

Kongsi artikel ini