Skuad kebangsaan akan turun lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menghadapi Bangladesh dalam perlawanan yang terakhir kumpulan E pusingan akhir Piala Asia 2023 jam 09.00 malam.
Harimau Malaya hanya perlukan kemenangan mudah tidak kira berapa jumlah jaringan gol kerana Filipina tewas 4-0 di tangan Palestin dalam kumpulan B tengahari (waktu Malaysia) untuk menempat lima pasukan terbaik naib juara.
Matchday 3
Thailand vs. Uzbekistan
Kyrgyzstan vs. Tajikistan
India vs. Hong Kong
Philippines 0-4 Palestine ✅️
Malaysia vs. Bangladesh
Indonesia vs. Nepal https://t.co/SVaY4uq2K4 pic.twitter.com/LyKXOTlWxX— وطن 🇲🇾 (@RimauXI) June 14, 2022
Justeru , ini sudah pasti memberikan tonik kuat kepada anak buah Kim Pan-gon untuk menghadiahkan kemenangan kepada para penyokong yang sentiasa berada di belakang mereka.
40,075 Tiket Telah Terjual
Tiket bagi menyaksikan Hari Perlawanan 3 Kelayakan Piala Asia 2023, Bahrain lwn Turkmenistan (5.15 petang ini) & Malaysia lwn Bangladesh (9.00 malam ini) masih boleh dibeli di https://t.co/yPVcBAL5ko
Jom ke Bukit Jalil!#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/DYkDYVFmlN
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 14, 2022
Penyokong juga tidak sabar untuk memenuhkan setiap inci tempat duduk bagi memberikan sorakan suara keramat mereka kepada pemain di atas padang dalam tempoh beberapa jam lagi sebelum sepak mula.
Usai kontroversi kenyataan Menteri Belia dan Sukan , Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada hari semalam , beliau mengambil inisiatif dengan segera berjumpa dengan pihak capo Ultras Malaya bagi meredakan situasi dan menghulurkan salam kemaafan seterusnya bersatu bersama penyokong demi lencana di dada.
Menteri @PejaOfPerak jumpa capo @ultrasmalaya07 tgh hari tadi
Kira setel lah
MAS vs BAN Live on @ASTROARENA starts with Nadi Arena 7.15pm today guys! pic.twitter.com/yuXEoKc8BW
— Bazly.azmi (@bazlyazmi) June 14, 2022
Wartawan Astro Arena Bazly Azmi melalui ciapan Twitternya berkongsi gambar Menteri KBS bersama Ultras Malaya07 tengahari tadi.
Pertemuan diantara kedua belah pihak sudah tentu sebagai titik pendamaian dan semoga Menteri KBS akan sentiasa berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang berkait rapat dengan penyokong sukan tanahair negara agar tidak melukakan hati mereka lagi.
Ini juga satu sikap ‘gentleman’ yang ditunjukkan oleh Menteri KBS dengan rasa rendah diri berdamai dengan penyokong Harimau Malaya dan seharusnya kita menerima dengan hati yang ikhlas serta terbuka.
Begitu juga dengan Ultras Malaya yang tidak henti-henti meniupkan api semangat menyeru penyokong hadir ke stadium untuk berdiri dibelakang skuad kebangsaan menjadi sebagai pemain ke-12.
1 Perlawanan lagi menanti kita. Sekarang dah jadi paling penting untuk kita menangi! Kalau 60K boleh penuhi perlawanan kedua, kenapa tidak FULL HOUSE diperlawanan terakhir!
MALAYSIA vs BANGLADESH
14 Jun 2022 (Selasa) 9.00 Pm
SNBJ (Harap Tiada Perubahan)#ACQ2023 #DemiMalaysia pic.twitter.com/519pJjlig9— UM’07 🇲🇾 (@ultrasmalaya07) June 13, 2022
Jangkaan penyokong yang hadir ke SBNJ pada malam mungkin full house berdasarkan fenomena aura era baharu Kim Pan-gon yang membuktikan kepada penyokong Malaysia tiada apa yang mustahil untuk Harimau Malaya untuk lolos ke pusingan akhir Piala Asia 2023.