Satu ketika dahulu, AC Milan pernah diangkat selaku jaguh Itali dan bola sepak Eropah. Antara jurulatih yang dianggap legenda di dalam sejarah bola sepak Milan adalah Arrigo Sacchi.
Tidak ramai yang yakin akan kebolehan Sacchi mengubah wajah bola sepak Milan pada sekitar lewat 80 an sehingga awal 90 an.
Jurulatih legenda ini dikenali dengan teknik latihan unik yang sukar difahami lawan, seperti mana yang pernah didedah oleh spy dari Real Madrid menjelang perlawanan separuh akhir Piala Eropah 1989.
Perlawanan tersebut berakhir dengan jaringan 5-0 memihak kepada Milan.
Arrigo Sacchi diamkan pengkritik
Sacchi pada asalnya adalah seorang jurujual kasut di Itali. Beliau sendiri tidak pernah bermain bola sepak secara profesional. Tetapi ia tidak pernah menghalang Sacchi dari menceburkan diri ke dalam bidang kejurulatihan.
Malah Sacchi bukanlah watak yang popular dan dikenali umum sehinggalah kejayaan beliau membawa Parma menewaskan AC Milan di pertandingan peringkat kumpulan Copa Italia 1987.
Parma adalah kelab Divisyen 2 pada ketika itu, dibimbing oleh Sacchi sejak kelab itu berada di Divisyen 3 setahun sebelum itu.
Arrigo Sacchi was born #OnThisDay in 1946. One of the great managers of the 80s & 90s, with Parma, Milan, Italy, Milan again, Atlético Madrid & very briefly Parma again. pic.twitter.com/QQcNSzFpYV
— Culture of Football Classics (@CFclassics) April 1, 2020
Kehebatan Sacchi bersama Parma pantas mencuri perhatian Milan yang menyambar jurulatih itu pada musim berikutnya.
“Saya tidak tahu untuk menjadi seorang jockey, saya terlebih dahulu harus menjadi seekor kuda.” Demikian jawab Arrigo Sachi kepada pengkritik beliau.
Hakikatnya, Arrigo Saachi kemudiannya tampil sebagai pengurus paling berjaya di dalam sejarah A.C Milan.
EL METICULOSO SACCHI: Arrigo Sacchi era un DT obsesivo y meticuloso, que no dejaba detalle librado al azar. Los entrenamientos del Milan duraban ¡8 horas por día!, con 4 horas de físico y pelota y otras 4 de estudios tácticos. pic.twitter.com/Q5KHyGwhVb
— PRIMERA PLANA (@Primera_PlanaOK) April 20, 2020
Setelah sembilan musim tanpa sebarang gelaran, kelab itu berjaya menjulang Scudetto Serie A pada musim pertama di bawah kendalian Sacchi.
Gergasi Milan itu turut menjulang Italian Super Cup pada tahun berikutnya, diikuti dengan dua kejayaan berturut-turut di kejohanan peringkat eropah pada musim 1988/89 dan 1989/90.
Arrigo Sacchi bersama skuad A.C Milan julang Piala Eropah.
A.C Milan di bawah kendalian beliau telah menghimpunkan antara pemain pertahanan yang sangat ampuh pada era itu, barisan pemain tengah yang sanggup bekerja keras dan pemain penyerang yang berbisa.
Pengurus berkarakter botak ini hanya percaya kepada satu kaedah dan formula iaitu “kerja keras”.
Sacchi juga adalah pelopor kepada gaya permainan “pressing game” seperti yang diamalkan dalam permainan bola sepak moden pada hari ini.
Kejayaan Milan pada era Sacchi turut sinonim dengan tiga pemain berasal daripada Belanda.
Tiga pemain yang dimaksudkan adalah Marco van Bansten, Ruud Gullit dan juga Frank Rijkaard.
Marco Van Bansten
Marco Van Bansten adalah pemain pertama yang dibawa masuk oleh Sacchi untuk meyertai AC Milan pada 1987.
Sepanjang bersama Milan, Van Bansten meraih gelaran Ballon D’ Or sebanyak tiga kali iaitu pada 1988, 1989 dan 1992.
Beliau kemudian turut memenangi anugerah Pemain Terbaik FIFA pada tahun 1992.
A REMINDER:
Carlo Ancelotti on Marco van Basten;
“I used to play with Marco van Basten at Milan. I asked him how we should give the ball to him. He said, “Just pass it, and then start running to congratulate me”. He always thought he would score, and he was usually right.” ⚽️👏 pic.twitter.com/0EAXepxQJK
— Football Remind (@FootballRemind) March 30, 2020
Van Bansten turut menjaringkan 90 gol melalui 147 penampilan bersama A.C Milan selama lapan musim.
Bagaimana pun pada tahun 1995, Van Bansten terpaksa menggantung but pada usia 28 tahun selepas kecederaan lutut yang berlarutan dialaminya.
Ruud Gullit
Selain daripada Marco, Sacchi turut memancing Ruud Gullit pada musim pertama beliau di San Siro dengan rekod perpindahan dunia berjumlah £6 juta pada masa itu.
Perpindahan pada tahun 1987 daripada PSV Eindhoven itu nyata tidak sia-sia.
A truly phenomenal footballer, the one and only Ruud Gullit, A.C. Milan (1987-94) #ACMilan pic.twitter.com/lY1kL7bZLx
— Football Back Then ⚽️🏐⚽️ (@FootballThen) June 22, 2019
Gullit menjulang kejuaraan Serie A pertamanya bersama AC Milan dan dinobatkan sebagai pemenang Ballon D’Or pada musim pertamanya di San Siro.
Pemain yang dikenali dengan gaya rambut “dreadlocks” sebagai ini juga memenangi tiga kejuaraan Serie A dan dua kejuaraan eropah bersama kelab San Siro tersebut sebelum berhijrah ke Chelsea pada musim 1996/97.
Frank Rijkaard
Berbeza dengan Van Bansten dan Gullit, Frank Rijkaard dibawa masuk oleh Sacchi pada musim kedua beliau di Milan.
Rijkaard dianggap sebagai seorang pemain yang unik pada era itu.
Ketika bersama Ajax, Rijkaard adalah seorang pemain pertahanan.
Di Milan, Sacchi memberikan beliau peranan sebagai “pivot” sebelum menukar posisi beliau kepada seorang “defensive midfielder” sepenuhnya.
6. Frank Rijkaard 🇳🇱
AC Milan – Centre-back
Whether in midfield or defence, Rijkaard is the complete package. Dynamic, composed and a man for the big occasion, it’s hard to spot an obvious weakness to his game. pic.twitter.com/Y8pkHEs2EN— Rob Fielder (@ademir2z) January 13, 2020
Corak permainan keras beliau di jentera tengah pasukan turut membantu pertahanan Milan yang terkenal dengan keampuhannya pada era itu.
Rijkaard tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan individu sebagaimana dua lagi rakannya dari Belanda.
Ini kemungkinan disebabkan posisinya pada era itu bukanlah posisi yang “glamour”.
Bagaimana pun sumbangannya kepada Milan adalah setara dengan kedua-dua rakannya dari Belanda.
AC Milan pada hari ini
Zaman Sacchi dan trio Dutch Masters telah lama berlalu. Selepas Sacchi, A.C Milan hanya menjulang kejuaraan Serie A sebanyak dua kali, masing masing pada musim 2004/05 dan 2011/12.
Milan juga tampil sebagai juara UEFA Champions League sebanyak juga dua kali (2002/03, 2006/07) selepas era Sacchi.
Hari ini kehadiran AC Milan di Serie A seperti suam-suam kuku, walaupun ada menunjukkan tanda-tanda kebangkitan sebelum saingan ditangguhkan tempoh hari.
Harapan kita sudah pasti untuk melihat I Rossoneri kembali bangkit memberi cabaran di Serie A dna Eropah satu hari nanti.