Mengenang Larian 100 Meter Rekod Kebangsaan Watson Nyambek Di Sukan Asia Yang Tidak Diiktiraf

Arena pecut negara terus menjadi sebutan peminat acara pecut 100 meter apabila Muhammad Azeem Fahmi berjaya memecah rekod kebangsaan 10.09 saat di Kejohanan Remaja Dunia yang berlangsung di Cali, Colombia baru-baru ini.

Kurang seminggu selepas itu, seorang lagi pelari pecut negara, Haiqal Hanafi turut merekodkan 10.12 saat – kurang 0.02 saat daripada catatan Azeem – untuk catatan masa kedua terpantas yang dihasilkan di dalam acara 100 meter daripada kalangan pelari negara.

Larian di Sukan Solidariti Islam yang berlangsung di Konya, Turki itu bagaimanapun tidak diiktiraf kerana bantuan angin +5.2 saat

The Flying Dayak

Acara olahraga pernah melahirkan ramai legenda pecut negara. Antara yang masih tersemat dan dianggap sebagai the living legend, sudah tentulah pelari dari Sarawak, Watson Nyambek.

Walaupun rekod kebangsaan acara 100 meter pada hari ini mempunyai pemilik baharu, generasi sebelum ini pasti tidak akan lupa dengan nama Watson Nyambek.

Pelari dengan nama jolokon ‘The Flying Dayak’ itu pernah memegang rekod kebangsaan 10.30 saat selama 18 tahun, sebelum ianya dileburkan oleh pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan pada 2016.

1998 adalah tahun terbaik dan merupakan tempoh prestasi terbaik Watson dalam arena olahraga, khususnya untuk acara 100 meter.

Perseteruan beliau dengan seorang lagi pelari pecut, Azmi Ibrahim turut mewarnai kancah olahraga negara pada masa itu.

Nama Watsons sebenarnya mulai menjadi sebutan apabila beliau memecahkan rekod kebangsaan milik Datuk M. Jegathesan yang berusia hampir 29 tahun iaitu pada catatan 10.46s yang direkodkan pada Sukan Asia 1966.

Zaman ni semua budak-budak tak kira time Pendidikan Jasmani atau di taman permainan, semua nak jadi Watson Nyambek atau Azmi Ibrahim.

Posted by GrandstandKita.Net on Saturday, August 13, 2022

Selepas itu, Watson tidak lagi menoleh ke belakang kerana satu demi persatu rekod kejohanan trek dipecahkannya dan yang terakhir adalah rekod kebangsaannya sendiri iaitu 10.30s yang dihasilkan di Terbuka Malaysia pada 1998.

Anak Iban kelahiran Sarawak ini juga dua kali tampil sebagai Olimpian iaitu Sukan Olimpik di Atlanta (1996) dan Sydney (2000). Ketika di Atlanta beliau telah mencatatkan rekod 10.55s dan Sydney pula 10.61s.

Watson Nyambek pernah alami nasib sama

Disebalik kegemilangan Watson Nyambek pada tahun 1998 mungkin ramai yang lupa bahawa “Carl Lewis” versi Malaysia ini pernah menghasilkan larian dengan catatan 10.20s di Sukan Asia Bangkok, Thailand.

Walaupun catatan masa itu dilakukan di Sukan Asia – antara temasya sukan terbesar dunia – rekod Watson tidak boleh diambil kira sebagai catatan masa rasmi kerana bantuan angin melebihi +2.0 ms.

Kelajuan angin ketika acara separuh akhir 100 meter di Bangkok pada ketika itu adalah +2.4 ms.

 

Walaupun tidak diiktiraf, ia masih lagi larian terpantas yang pernah dilakukan oleh Watson.

Hanya pada 2016, iaitu 18 tahun selepas itu baharulah kita boleh melihat pelari dari Malaysia melakukan larian di bawah catatan masa 10.20 saat apabila Khairul Hafiz Jantan merekodkan 10.18 saat di SUKMA yang berlangsung di Kuching, Sarawak.

Zaman ni semua budak-budak tak kira time Pendidikan Jasmani atau di taman permainan, semua nak jadi Watson Nyambek atau Azmi Ibrahim.

Posted by GrandstandKita.Net on Saturday, August 13, 2022

Tahun ini, gililiran Muhammad Azeem Fahmi mengulangi pencapaian tersebut dengan catatan masa yang lebih baik apabila merekodkan 10.09 saat (rekod kebangsaan baharu) di peringkat saringan 100 meter Kejohanan Remaja Dunia yang berlangsung di Cali, Colombia.

Larian di bawah 10.20 saat turut diulangi oleh Azeem di acara akhir 100 meter kejohanan yang sama apabila merekodkan 10.19 saat di peringkat separuh akhir dan 10.14 saat di acara akhir kejohanan yang sama.

Kongsi artikel ini