Sekiranya anda die hard fan kelab di Liga Perdana Inggeris , kemungkinan besar anda seorang peminat Red Devils atau anda benci apabila mendengar nama kelab tersebut. Namun , bercakap tentang penyokong setia serta kesetiaannya samaada menang atau kalah sebuah pasukan itu , mereka tidak sesekali akan mencemuh dan terus berdiri teguh di belakang pasukan itu.
Perasankah anda apabila menonton perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford pada zaman Sir Alex Ferguson ada kemungkinan anda telah melihat sekumpulan lelaki Sikh duduk tepat di belakang tempat lawan pasukan Setan Merah. Ya lima atau enam lelaki yang selalu hadir ke stadium untuk menonton perlawanan Setan Merah.
The moment you saw this guys behind Sir Alex then its done. Its must win. pic.twitter.com/zocIKxmQow
— U K__! (@uthman_uk) February 27, 2021
Mereka ialah Craig Singh, Simon Singh, Kuk Singh, Jimmy Singh dan Satta Singh. Mereka sangat setia dan masing-masing telah datang ke Old Trafford selama lebih dari 15 tahun dan Kuk Singh juga datang ke gelanggang keramat itu lebih daripada 35 tahun . Dikatakan Punjabi Brothers ini pemegang pas bermusim di Old Trafford dan akan hadir ke stadium apabila Red Devils mempunyai perlawanan.
Meet The Singh Family.
Sir Alex Ferguson would shake hands with them as a part of his superstition and to be honest here, the superstition worked as the team performed consistently well.
Please bring them back to OT pic.twitter.com/EUSjCM9qR7
— Ghana Manchester United Supporters' Club(Official) (@GhanaMUSC) March 23, 2020
Ini menyebabkan Sir Alex Ferguson menyedari akan kehadiran mereka dan pasti beliau akan datang kepada mereka untuk bersalaman kerana Alex seperti yakin magis yang ada dari Punjabi brothers ini pasti pasukannya beroleh kemenangan dan sangkaan itu benar kerana mereka menunjukkan prestasi yang baik secara konsisten pada waktu itu.
Streets won’t forget. Whenever you saw these dons behind Sir Alex you knew a win was coming. Haven’t seen them in years, made Old Trafford a fortress. pic.twitter.com/nJhYM0RIiw
— Hugo 🅴 (@HugoTHFC) April 4, 2020
You see these men behind Sir Alex Ferguson naa, you know say we win the match. pic.twitter.com/BnqKnVJywO
— Rashford (@Kwasigazy) November 21, 2020
Kini kelibat mereka tiada lagi di tempat duduk tepat belakang pasukan United. Terdapat laporan mengatakan mereka tidak lagi menonton perlawanan di stadium selepas era Sir Alex Ferguson berakhir. Ada juga yang mengatakan mereka tidak dibenarkan lagi untuk duduk di situ dan berpindah ke kerusi yang lain.
Adalah juga tidak pasti apakah mereka pernah datang untuk menonton perlawanan Red Devils lagi di bawah jurulatih seperti David Moyes , Louis Van Gaal , Jose Mourinho dan terkini Ole Solksjaer.
Manchester United boleh dikatakan salah satu pasukan terhebat di dunia dan aura kelab itu dapat dilihat pada kenyataan bahawa tradisi kelab ini diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Ini seperti yang dikatakan oleh Singhs , “Ini bukan semata-mata kelab , tetapi ia sebuah keluarga.”
Manchester United telah banyak berubah dalam beberapa tahun kebelakangan ini tetapi satu perkara tetap berterusan iaitu cinta tanpa syarat berjuta-juta peminat dari seluruh dunia.