Sukan Olimpik juga merupakan satu momen indah kepada Lionel Messi yang membantu pasukannya memenangi pingat emas di Beijing , China pada tahun 2008. Pertemuan di antara Argentina menentang Brazil menjadi satu sejarah masyhur di dalam mana-mana temasya Olimpik kerana Ronaldinho yang pada ketika itu menjadi tonggak utama skuad Olimpik Brazil.
Ronaldinho merupakan mentor kepada Messi semasa mereka bersama-sama di dalam skuad Barcelona FC dan dia banyak mempelajari mengenai bola sepak daripada lagenda Brazil ini ketika Messi dalam tahun pertamanya dalam skuad senior.
Apa yang lebih menarik sekali , Ronaldinho juga mengumumkan beliau akan berpindah ke AC Milan selepas lima tahun menjadi ikon di Nou Camp. Ia seperti Ronaldinho menyerahkan baton kepada Messi untuk menjadi seorang pemain yang paling berpengaruh dalam skuad Catalan itu sehingga ke hari ini.
Campur tangan Guardiola mudahkan Messi Ke Olimpik
Sebenarnya Messi pada ketika itu sangat diperlukan oleh kelab Barcelona FC untuk menghadapi kelayakan Liga Juara-juara Eropah sehinggakan pengurusan kelab tidak membenarkan dia terbang ke Beijing.
Bagaimanapun dengan campur tangan jurulatih Barcelona yang baru dilantik , Pep Guardiola telah memberikan keizinan kepada pemain terbaik Piala Dunia Remaja 2005 untuk mewakili skuad Olimpik Argentina kerana Guardiola sendiri pernah memimpin skuad Olimpik Sepanyol ketika memenangi emas pada tahun 1992 dan beliau sedar yang pertandingan itu amat bermakna untuk Messi.
Pemain yang memenangi enam anugerah D’Balloun pernah berkata mengenai istimewanya Olimpik di hatinya di dalam satu wawancara ESPN beberapa tahun lepas ,
“Itu adalah pengalaman yang luar biasa bagi saya untuk bermain di Olimpik, bukan hanya kerana kami menang, tetapi untuk pengalaman yang saya perolehi.
“Ia adalah pengalaman yang luar biasa untuk tinggal di Olympic Village dan bertemu atlet elit lain dari sukan lain dan menjadi atlet lain di antara mereka.
“Itu sangat luar biasa walaupun kami tidak menghabiskan banyak masa di kampung.
“Piala Dunia hebat tetapi Olimpik adalah sesuatu yang istimewa.”
Pasukan EMAS Olimpik 2008 Argentina
Pasukan Argentina yang disenaraikan pada ketika itu ialah Sergio Aguero (20), Angel Di Maria (20), Javier Mascherano (24), Pablo Zabaleta (23), Fernando Gago (22), Ever Banega (20), Ezequiel Lavezzi ( 23) dan Sergio Romero (21) merupakan pemain-pemain muda yang mendapat perhatian oleh kelab-kelab gergasi Eropah dan Juan Roman Riquelme (30) sebagai seorang kapten yang sangat berpengalaman bagi memimpin bakat-bakat muda Argentina yang menjadi prospek terkenal di masa akan datang.
Argentina bermula dengan baik di kejohanan itu , memenangi ketiga-tiga perlawanan dalam kumpulan A. Messi menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan 2-1 ke atas pasukan Ivory Coast yang menampilkan bintang mereka , Salomon Kalou (berusia 23) dan Gervinho (21).
Messi terus menampikan aksi yang mengagumkan kemenangan 1-0 ke atas Australia dan diberikan rehat semasa menang ke atas pasukan Serbia yang mempunyai Aleksandar Kolarov (22) dan Dusan Tadic (19) di dalam barisan mereka.
Leo Messi.
2008 Olympics.
Beijing.
Gold Medalist.pic.twitter.com/cI3AsyNJvT
— Caño Football (@CanoFootball) July 19, 2021
Di suku akhir Messi menjaringkan gol dan membantu skuad dalam kemenangan 2-1 menentang Belanda. Paling menarik dan tidak akan dapat dilupakan oleh Messi ialah mendiang Diego Maradona buat pertama kali menonton perlawanan Olimpik Messi.
Pasukan Gangsa Olimpik Brazil 2008
Ronaldinho menjadi sebahagian skuad Olimpik bersama dengan pemain-pemain muda yang sangat berbakat seperti Thiago Silva (23), Marcelo (20), Anderson (20), Lucas Leiva (21), Alexandre Pato (18), Ramires (21) dan Rafinha (22).
Brazil membuka pintu kemenangan sukar 1-0 ke atas pasukan Belgium yang menampilkan beberapa bintang masa depan seperti Vincent Kompany (22), Thomas Vermaelen (22), Marouane Fellaini (20), Kevin Mirallas (20), Jan Vertonghen (21) dan Mousa Dembele (21).
Setelah itu Brazil mudah menewaskan New Zealand dengan selesa 5-0 dimana Ronaldinho menjadi pendukung kemenangan itu dan seterusnya menewaskan China PR 3-0 di dalam kumpulan C. Di suku akhir Brazil menewaskan pasukan Cameroon 2-0 yang menjadi kekecewaan kepada pemain muda Alex Song yang baru berusia 20 tahun.
Lionel Messi vs Ronaldinho Guacho
Perlawanan Argentina menentang Brazil di peringkat separuh akhir pada ketika itu merupakan pertemuan yang sangat dinanti-nantikan oleh penyokong di antara kedua belah pasukan dan ia merupakan perlawanan paling ramai penonton memenuhi Beijing Worker’s stadium iaitu 53,000 orang.
Penonton ingin menyaksikan kelincahan dan kelicikan kedua-dua pemain ini untuk memberikan kemenangan ke atas pasukan mereka.
Messi menyusahkan pertahanan Brazil lebih awal tetapi mereka bertahan dengan kuat dan kedudukan seri 0-0 pada separuh masa pertama.
Selepas itu , magik Messi bermula , gol Aguero memecah kebuntuan pada 52 minit. Messi menambahkan lagi luka kepada Ronaldinho dengan penalti setelah pertahanan Brazil mengasarinya di kawasan gol. De Maria tiada masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti itu.
Kemudian Riquelme pula mencukupkan 3-0 untuk Argentina dan sekaligus terus memusnahkan harapan Brazil.
Detik yang paling tidak dapat dilupakan oleh mereka yang menyaksikan perlawanan ini ialah selepas tamat masa perlawanan Messi menghampiri Ronaldinho lantas memeluk mentornya itu di hadapan ribuan penyokong.
The respect between Brazilian stars & Messi has establsihed decades ago by @10Ronaldinho😁 . #Messi was 21, #Ronaldinho 28 when they met for Olympic semi final in #Beijing . #Argentina won 3-0 its archival, then won the gold medal by beating #Nigeria 1-0 by #DiMaria goal. pic.twitter.com/qzJiVYvbz3
— Kassahun Yilma (@EthiopiK) July 12, 2021
Ia satu penghormatan daripada Messi kepada Ronaldinho selepas apa yang telah dilakukannya oleh untuk menjadikan Messi seorang pemain bola sepak yang hebat.
In the semi-final of Olympics 2008, Messi was up against Brazil, featuring the likes of Marcelo, Alexandre Pato, Thiago Silva, Rafinha and most importantly, Ronaldinho. It's so unfair that people actually downplay that achievement. Victim of his own greatness. pic.twitter.com/LefzZN55YX
— 𝕻𝖆𝖛𝖆𝖓 🔟 ™ (@highonmessi) July 15, 2021
Ronaldinho tidak pulang dengan tangan kosong di Olimpik ketika Brazil mengalahkan Belgium sekali lagi, dengan kemenangan 3-0, dan mendapat pingat gangsa dan sekurang-kurangnya dapat memuaskan hati mereka juga.
Pada perlawanan akhir di antara Argentina dan Nigeria , Messi mencipta magisnya sekali lagi dengan bantuan gol kepada Di Maria pada babak kedua perlawanan. Keputusan 1-0 sudah cukup menyaksikan Messi mendapat pingat emas di Olimpik buat kali pertama dan kali terakhir dalam kariernya.
Messi juga sudah melengkapkan koleksi trofi sama ada di kelab dan juga untuk peringkat negaranya. Impiannya untuk memenangi salah satu trofi peringkat antarabangsa telah dapat dilunaskan apabila dia berjaya memimpin Argentina untuk muncul juara Piala COPA Amerika 2020 pada minggu yang lalu.
Dua gambar ini menunjukkan lagenda Manchester City , Sergio Aguero dan lagenda Barcelona Messi pada ketika usia muda mereka memenangi kejohanan kompetetif dan menjadi juara COPA Amerika 2020 ketika usia mereka akan menggantung but tidak lama lagi.
Messi important team trophies:
– 2021 copa América
– 2005 U-20 World Cup
– 2008 beijing Olympic GoldRonaldo important team trophies:
– 2016 euro
– silver medal 2004 euro— Rodri 🇵🇹 (@LM10_Rodri) July 19, 2021