Barcelona dilaporkan telah menerima bidaan bernilai €100 juta dari Manchester United untuk mendapatkan pemain muda sensasi, Ansu Fati pada minggu lalu.
Bidaan tersebut dilihat sebagai mengejutkan dari kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Sebelum ini Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mendedahkan ada pihak bersedia menjadikan pemain berusia 17 tahun itu sebagai pemain remaja ketiga termahal dunia – di belakang Kylian Mbappe dan Joao Felix.
Bartomeu tidak mendedahkan kelab mana yang berbuat demikian, namun menurut laporan dari Sepanyol kelab tersebut adalah Manchester United.
Apa yang berlaku?
Laporan tersebut mendedahkan super ejen, Jorge Mendes bertindak sebagai broker, atau orang tengah untuk bidaan tersebut.
Mendes dilaporkan menghubungi Barcelona untuk bertanyakan harga pemain tersebut dengan alasan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.
Ejen yang bekerja rapat bersama Wolves sejak beberapa musim lalu itu bagaimanapun diberitahu Fati bukan pemain untuk dijual.
🗞 FC Barcelona rejected a €100 million offer from #mufc for Ansu Fati. United were ready to give up Jadon Sancho to sign the Barcelona wonderkid instead. #udlatest [Sport] pic.twitter.com/wbGYtErHZa
— United District (@UtdDistrict) June 8, 2020
Malah beliau diingatkan bahawa Fati mempunyai klausa perpindahan bernilai €170 juta untuk mana-mana kelab yang berminat mendapatkan pemain itu.
Pada ketika itu, Mendes dan Barcelona tidak berpendapat mana-mana kelab sanggup untuk membayar sebanyak itu untuk seorang pemain berusia 17 tahun.
Agent Jorge Mendes has contacted the father of Ansu Fati to represent the player. [el chiringuito] pic.twitter.com/IWpOSswGQE
— barcacentre (@barcacentre) September 30, 2019
Telahan itu benar. Namun selepas itu Mendes menghubungi Barcelona semula, kali ini dengan bidaan bernilai €100 juta daripada Manchester United.
Menyedari ia adalah bidaan yang serius dari juara 20 kali Liga Perdana Inggeris itu, bidaaan tersebut dibawa ke dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Barcelona, sebelum ianya ditolak dengan alasan pemain itu tidak akan dilepaskan pada harga berapa pun.
Fati mahu keluar dari Nou Camp?
Bidaan meyakinkan daripada Manchester United turut menimbulkan tanda tanya dari kem pemain itu sendiri.
Fati dan wakilnya sebelum ini tidak pernah menyembunyikan kerisauan terhadap peluang untuk mendapat minit perlawanan yang sewajarnya di Barcelona – apatah lagi dengan saingan yang cukup sengit di Nou Camp.
🔥☎️ ¡OJOOOO! Jorge Mendes presenta una oferta al Barça por Ansu Fati: el Manchester United paga 100 millones por el canteranohttps://t.co/CdEZQrgkrK
— Deportes Cuatro (@DeportesCuatro) June 8, 2020
Selain daripada Lionel Messi, Ousmane Dembele dan Antoine Griezmann sebagai pilihan pertama dalam rangkaian serangan pasukan, pemain kelahiran Guinea-Bissau itu turut perlu bersaing dengan Martin Braithwaite.
Apa yang meyakinkan Man United?
Sepertimana spekulasi perpindahan Timo Werner ke Liverpool sebelum campur tangan Chelsea, spekulasi Martinez ke Barcelona juga bukan satu lagi rahsia.
Kedua-dua pemain dan kelab inginkan perpindahan tersebut terjadi, namun Inter menuntut tidak kurang €100 juta untuk membenarkan pemain itu beralih angin dari San Siro ke Nou Camp.
📻 [Onda Cero🥇] | Lautaro Martinez has already informed Conte that he's going to join Barcelona. pic.twitter.com/wipR4OsdBw
— BarçaTimes (@BarcaTimes) June 6, 2020
Struktur kewangan di Barcelona bagaimanapun tidak akan membenarkan perpindahan Martinez menjadi realiti tanpa menjual beberapa pemain terlebih dahulu.
Bidaan €100 juta dari Man United dilihat sebagai satu acid test sama ada Barcelona sanggup menjual Fati untuk mendapatkan dana sebelum melabur untuk Martinez.
Barcelona are considering acquiring capital from a fund consisting of sponsors and partners to activate Lautaro Martínez' €111 million release clause, funds which will be repaid from offloading players deemed surplus to requirements. [la repubblica]
— barcacentre (@barcacentre) June 1, 2020
Masa juga semakin suntuk buat Barcelona. Fati dijadualkan beraksi di dalam play-off Segunda B untuk Barcelona B pada Julai. Selepas itu, Fati secara rasmi akan bergelar pemain utama kelab Catalan tersebut.
Status tersebut bermakna klausa perpindahan Fati akan berubah menjadi €400 juta. Ini bermakna Barcelona perlu membuat keputusan segera mengenai masa depan Fati. United pasti akan menjauhkan diri apabila nilai pemain itu menjadi €400 juta.
Bagaimana dengan Jadon Sancho?
Pada musim ini Fati telah menjaringkan empat gol dari 16 penampilan di La Liga untuk Barcelona. Tujuh daripadanya dari kesebelasan utama, dan pemain remaja ini turut berjaya mencetak nama sebagai penjaring dalam pertandingan Champions League.
Namun apa yang membuatkan United sanggup mengejar Fati? Adakah ini bermakna United akan melupakan Sancho dan beralih kepada Fati?
Kedua-dua pemain beraksi di posisi sama, iaitu sebagai penyerang sayap kanan. Buat masa ini status Sancho masih lagi menjadi tanda tanya.
Manchester United reportedly made a €140m (£125m) offer for Jadon Sancho in February. Borussia Dortmund rejected it
— utdreport (@utdreport) June 3, 2020
United dikatakan terpaksa membayar tidak kurang €150 juta jika mahukan Sancho. Saingan utama United adalah dari Borussia Dortmund sendiri.
Kelab Jerman itu sedia menawarkan kontrak baharu demi mengekalkan Sancho di Bundesliga melangkaui musim ini.
Fati dilihat sebagai pilihan kedua United kerana kesukaran mendapatkan Sancho.