Expand To Show Full Article
Mendes Dedah Mengapa Ronaldo Pilih Man Utd & Liverpool Terlepas Kerana Ponggole - Grandstand Kita

Mendes Dedah Mengapa Ronaldo Pilih Man Utd & Liverpool Terlepas Kerana Ponggole

Ejen kepada Cristiano Ronaldo, Jorge Mendes mendedahkan bagaimana Sir Alex Ferguson menjadi sebab utama Cristiano Ronaldo menolak tawaran beberapa kelab utama eropah lain sebelum memilih Manchester United.

Sir Alex Ferguson adalah watak penting dalam membentuk karier Cristiano Ronaldo sehingga menjadi antara pemain terbaik dunia pada har ini.

Dan pengurus dari Scotland itu adalah sebab utama mengapa Cristiano Ronaldo memilih untuk menyertai Manchester United pada 2003.

Bercakap kepada Sport Business, Jorge Mendes bagaimana Ferguson menjadi watak penting Ronaldo begitu yakin Old Trafford adalah destinasi paling sesuai untuk megembangkan kariernya.

“Saya sentiasa menekankan bahawa seorang jurulatih adalah komponen penting dalam mana-mana perpindahan. Cristiano Ronaldo adalah contoh terbaik.

“Banyak kelab mahukan beliau. Tetapi ratta-rata mahu mendapatkan Ronaldo dan kemudian meminjamkan beliau kembali kepada Sporting [Lisbon.

“Satu-satunya jurulatih yang yakin untuk terus membawa beliau masuk ke dalam pasukan adalah Sir Alex Ferguson. Saya tidak punyai keraguan lagi bahawa itulah penyelesaian terbaik [untuk Ronaldo].

“Saya tidak perlu menunggu lama untuk membuat keputusan, dan mengetahui Manchester United adalah kelab yang ideal untuk beliau.

“Saya yakin jika Cristiano Ronaldo terus kekal di Sporting pada ketika itu, beliau tidak akan mendapat walau separuh dari perlawanan yang beliau perolehi di Manchester pada musim pertama.

“Dan pada akhir musim tersebut, Ronaldo telah dipilih oleh penyokong sebagai pemain terbaik pilihan mereka.”

Ronaldo berhijrah ke Old Trafford dari Lisbon dengan nilai £12.24 juta – rekod dunia untuk pemain remaja pada ketika itu – dan diberikan jersi ikonik No.7 oleh pihak kelab.

Debut Ronaldo ialah ketika tampil sebagai pemain gantian menentang Bolton Wanderers, dan beliau menampilkan permainan yang menakjubkan dalam kemenangan 4-0 di Old Trafford.

Pemain sayap itu tampil dalam 29 perlawanan pada musim pertama untuk Red Devils, dan menjaringkan 3 gol tetapi Ronaldo hanya berkembang menjadi pemain yang lebih baik selepas itu.

Bekas pembantu jurlatih Liverpool Phil Thompson pula mendedahkan kepada The Athletic bahawa Liverpool turut pernah menolak peluang membeli Ronaldo kerana isu gaji.

Keutamaan turut diberikan kepada pemain muda Florent Sinama Pongolle dan Anthony le Tallec yang sememangnya sudah berada di dalam pasukan untuk dibangunkan.

Liverpool bukan satu-satunya kelab Inggeris yang terlepas peluang membawa masuk Cristiano Ronaldo.

Arsene Wenger turut pernah mendedahkan bagaimana beliau hampir membawa masuk pemain Portugal itu.

Lionel Messi, Zlatan Ibrahimovic, Yaya Toure, Paul Pogba dan Vincent Kompany juga merupakan antara senarai pemain yang hampir menyertai Arsenal ketika era Wenger.

 

Kongsi artikel ini