Media Seberang Klaim Temui Jelmaan Virgil Van Dijk Berdarah Indonesia

Media dari seberang berkata mereka telah menemui seorang pemain yang digelar jelmaan pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk yang berasal dari keturunan Indonesia.

Lebih menarik pemain yang dimaksudkan itu kini berada di bawah kendalian jurulatih terkemuka dunia, Marcel Bielsa.

Pemain yang dimaksudkan adalah bek muda Leeds United, Pascal Struijk yang berusia 19 tahun dan berasal dari Antwerp, Belgium.

Tidak dijelaskan bagaimana Struijk mempunyai perkaitan atau berdarah Indonesia, tetapi nama tengah pemain ini adalah Augustus yang sinonim dengan kerakyatan di Indonesia.

Walaupun merupakan pemain yang dilahirkan di Belgium, perkembangan peringkatat awal Struijk sebagai pemain bola sepak berkembang di Belanda apabila beliau menyertai akademi ADO den Haag pada 2014.

Menurut laporan IndoSport, prestasi yang ditampilkan oleh Struijk bersama den Haag menyebabkan beliau disambar oleh Ajax pada 2016.

Di dalam skuad Bawah-19 Tahun Ajax, Struijk sempat beaksi bersama Justin Kluivert dan meraih kejuaraan Eredivisie B-19 pada tahun yang sama.

Malah prestasi mantap Struijk turut menyebabkan beliau mendapat panggilan menyertai Belanda B-17 di bawah kendalian Kees van Wonderen dan telah beraksi beberapa perlawanan menentang pasukan seperti Portugal, Sepanyol dan Sweden.

Pemain ini bagaimanapun mengubah angin dengan menyertai Leeds United pada jendela perpindahan Januari 2018, dengan kontrak selama tiga tahun.

Setelah beraksi bersama Skuad B-23 Leeds, Struijk akhirnya mencuri tumpuan Marcelo Bielsa dan debut pertama pemain muda ini adalah ketika Leeds tewas 1-0 kepada Aston Villa pada 13 Mac 2018.

Tahun lalu, pemain dengan ketinggian 190cm ini membantu pasukan B-23 Leeds menewaskan Birmingham City untuk muncul juara Profesional Development League.

10 Disember lalu, pemain ini tampil dari bangku pemain simpanan untuk membantu Leeds menewaskan Hull City dengan jaringan 2-0 di saingan Championship.

“Pemain ini memberikan segala-galanya di atas padang, dan tidak meminta balasa apa-apa,” ujar Bielsa selepas perlawanan tersebut.

Selain daripada pernah membantu Leeds United mengikat Cardiff 3-3 pada 14 Disember, Struijk turut pernah berada di bangku pemain simpanan dalam lima perlawanan lain di bawah kendalian Bielsa.

Seperti Malaysia, Indonesia sememangnya kini sedang memburu pemain naturalisasi khususnya berdarah kacukan untuk memperkuatkan skuad Sang Garuda.

Baru-baru ini Malaysia dikaitkan dengan dua pemain naturalisasi. Anehnya salah seorang dari mereka beraksi di Divisyen bawahan di Sweden. Manakala seorang lagi beraksi di Liga Zambia.

Berdasarkan artikel Indosport, pemain ini berkemungkinan boleh memilih untuk mewakili Belgium, Belanda, England dan juga Indonesia.

Adakah Struijk adalah calon terbaik? Atau adakah Indonesia akan menjadi pilihan pemain ini?

Sumber: Indosport

Kongsi artikel ini