McGregor Tayang Badan, Nyatakan Kesediaan Tampil Di UFC 249

Conor McGregor seolah-olah memberi indikasi bersedia untuk pertarungan, dengan menampilkan fizikalnya yang mantap di media sosial

Perkembangan terbaru ini tampil selepas beberapa hari lalu Khabib Nuragomedov mengesahkan akan menarik diri dari UFC 249 selepas terperangkan di Rusia akibat wabak COVID-19.

Pentarung berusia 31 tahun itu berkongsi di Instagram Story, memaparkan fizikal dirinya sebelum disudahkan dengan satu kenyitan mata tajam.

Ia diikuti oleh beberapa kenyataan melaui ciapan di Twitter menyetakan kesediaannya pada masa ini.

Belum ada pengganti untuk menentang Tony Ferguson diumumkan oleh UFC setakat ini.

Selepas memberi indikasi di Instagram dan menyatakan kesediaannya, McGregor kemudiannya terus mengambil kesempatan mengejek kedua-dua Tony dan Khabib.

Khabib pada Khamis lalu bercakap kepada ESPN untuk berkongsi kisah drama yang menyelubungi UFC 249.

Juara lightweight itu ketika bercakap kepada Brett Okamoto berkata beliau boleh membuat wang sebanyak lima kali ganda jika bertarung dengan McGregor, tetapi sememangnya sengaja untuk bertarung dengan Ferguson.

“UFC sebenarnya cuba untuk [rematch]. Saya beritahu mereka, ‘ Lelaki ini [McGregor] tidak layak. Selamat tinggal’. Saya boleh membuat wang lima kali ganda jika bertarung dengan ayam ini berbanding menentang Tony Ferguson.

“Dan tahukah anda ramai orang tidak mengetahui tentang Tony Ferguson.

“Ramai orang hanya mahu melihat nama menentang nama. Ini bukan mengenai skil menenang skil. Tidak ramai yang faham ini.”

“UFC tried to make [a McGregor rematch]. I tell them, ‘This guy don’t deserve it. Bye-bye.’ I can make with this chicken five times more money than with Tony Ferguson, and you know most people, they don’t know about Tony Ferguson.

Soalannya sekarang, siapakah yang akan menentang Tony Ferguson pada 18 April nanti?

Kongsi artikel ini