Beberapa hari lalu kecoh di media sosial terutama di kalangan penyokong bola sepak di Malaysia mengenai Norshahrul Idlan Talaha yang kini beraksi di Thailand.
Pemain itu sebelum ini pernah mendakwa ejen beliau iaitu Abdul Halim Abdul Shukor, Pengarah urusan Offside Sports menghilangkan diri setelah panggiln dan mesej yang dilakukannya tidak dibalas oleh ejen tersebut.
Bagaimanapun Abdul Halim berkata tindakan beliau itu adalah kerana kes mahkamah yang sedang berlangsung di Thailand, dan mendakwa Norshahrul atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo menandatangani perjanjian dengan dua ejen.
Call tak angkat, mesej tak balas. Tapi di Malaysia boleh pulak buat kenyataan akhbar. Korang tolong pesan dengan ejen dia, Mat Yo cari.
Posted by Grandstand KITA on Friday, April 10, 2020
Walaupun menuduh Abdul Halim berbohong, dua hari lalu pendedahan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan mendakwa pemain itu telah disaman oleh ejennya di Thailand.
Susulan dari kes saman tersebut, Mat Yo dilaporkan tidak akan dibenarkan kembali ke Malaysia sehingga ianya diselesaikan.
Laporan Arena Metro pada hari ini pula berkata pemain itu menafikan dirinya dilarang meninggalkan negara jiran itu.
Sebaliknya beliau menjelaskan dirinya terus kekal berada di Thailand kerana komitmen terhadap kontrak dan kelabnya BG Pathum United.
TERKINI: Mat Yo disaman di Thailand.🤔
Posted by Grandstand KITA on Sunday, April 12, 2020
“Pertama sekali, saya dan keluarga kini berada di Thailand kerana saya perlu memberikan komitmen kepada kelab BG Pathum United untuk menghadiri latihan dan melakukan persiapan selaku pemain bola sepak seperti biasa,” ujar Mat Yo.
“Tambahan lagi, sepertimana kita semua sedar, akibat penularan wabak, [pergerakan] kita semua terhalang dan terbatas untuk meninggalkan tempat atau kawasan sedia ada.
“Jadi tiada alasan untuk saya dan keluarga meninggalkan Thailand mengambil kira dua perkara di atas,” jelas beliau di laman Instagram miliknya, semalam.
Sebelum ini Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata beliau pernah menghubungi pemain tersebut untuk menawarkan bantuan nasihat.
Stuart bagaimanapun berkata buat masa ini Mat Yo mahu menyelesaikan terlebih dulu perkara itu sendiri, dan cuba mengesan ejen berkenaan.