Penyerang skuad Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo hari ini meluahkan rasa kecewa terhadap ejengya Abdul Halim Abdul Shukor.
Bercakap kepada Sinar Harian, Mat Yo berkata ejen beliau itu yang juga merupakan Pengarah urusan Offside Sports seolah-oleh menghilangkan diri tatkala beliau memerlukan bantuan.
Abdul Halim adalah ejen yang membantu Mat Yo menyertai BG Pathum United pada permulaan musim 2020 selepas meninggalkan Pahang FA.
Menurut pemain itu, beliau seperti dibiarkan berseorangan tanpa sebarang bantuan tatkala negara jiran tersebut turut berhadapan dengan krisis disebabkan penularan wabak coronavirus.
Kelab Thailand ini meraikan bintang baharu mereka yang merupakan pemain kebangsaan Harimau Malaya dengan penuh istiadat dan tertib.All the best Mat Yo
Posted by The Sukan on Thursday, January 16, 2020
Dalam laporan tersebut, Mat Yoi berkata beliau sudah cuba menghubungi Abdul Halim banyak kali, namun setiap panggilan dan mesej yang dihantar tidak dibalas oleh beliau.
“Sudah banyak kali saya cuba menghubungi beliau, tetapi panggilan dan mesej yang dihantar langsung tidak berbalas. Saya tidak tahu kenapa?.
Walaupun bingung mengapa ejen tersebut tidak memberikan maklum balas kepada beliau, Mat Yo tetap juga hairan kerana beberapa hari lalu ejen yang sama membuat kenyataan di media mengenai isu mengapa ramai pemain Singapura menjadi pilihan kebanyakan kelab Liga Malaysia bagi kuota pemain import ASEAN.
“Jadi saya harap, jika beliau terbaca berita ini, tolong hubungi saya kerana beliau yang bertanggungjawab membawa saya ke Thailand tetapi apabila saya berdepan masalah ketika ini, beliau menghilangkan diri,” katanya.
Norshahrul Idlan Talaha is in BG Pathum United's starting XI against Prachuap FC. The game kicks off at 9pm. pic.twitter.com/gRJ3B1Xnjz
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) February 22, 2020
Keputusan Mat Yo ke Thailand pada permulaan musim lalu dianggap mengejutkan ramai pihak. Sebelum ke negara jiran itu, Mat Yo pernah beraksi bersama Kelantan, JDT, ATM, Terengganu, Felda United dan Pahang.
Walaupun Liga 1 Thailand mengalami nasib yang sama seperti Liga Malaysia terpaksa ditangguhkan, Mat Yo mengesahkan beliau masih menjalani latihan seperti biasa dengan kelabnya di Bangkok.
Antara sebab Mat Yo memerlukan ejennya adalah kerana kelab-kelab di Thailand turut mahu berbincang mengenai pemotongan gaji.
“Jadi dalam hal-hal berkaitan ini juga saya memerlukan nasihat dan bantuan daripada ejen saya itu kerana saya keseorangan di sini sebagai pemain luar.”