Masa Depan Martial Di Old Trafford Terus Jadi Perhatian

Anthony Martial masih seorang pemain kepercayaan Soksjaer lagi. Tidak ada sebab Martial akan meninggalkan United , dijual mahupun dipinjamkan selagi pengurus berbangsa Norway masih menjadi jurulatih Setan Merah

Penyerang Perancis berusia 25 tahun hanya mampu menyumbat lima gol sahaja dalam semua kejohanan. Hanya dua gol yang disumbatkan oleh Martial dari liga premier dan tiga adalah dari Piala Carabao (EFL) dan Kejuaraan Liga Eropah peringkat kumpulan sebelum tersingkir dalam saingan prestij itu.

Bermain dalam 15 perlawanan pada musim ini dan ia bukan rekod yang harus dibanggakan oleh pemain ini. Bagaimanapun Solksjaer masih terus memberikan kepercayaan kepada Martial untuk terus beraksi dalam kesebelasan utama.

Musim 2019/2020 , dengan kehadiran Bruno Fernandes , Martial menjadi tajam di depan gol lawan. Dia bersama Rashford menjadi mesin gol buat pasukan Setan Merah dan membawa pasukan ke tangga ketiga serta layak ke saingan Liga Kejuaraan Eropah. Duo yang sangat cemerlang dan dijangka membawa skuadnya lebih gemilang musim 2021.

Penyerang veteran Uruguay , Edison Cavani di bawa masuk ke kem Manchester United 2020/21 bagi memberikan sokongan jentera serangan serta memberikan tunjuk ajarnya kepada pemain muda seperti Rashford , Greenwood dan Martial.

Namun Martial bukan seorang pemain muda lagi. Dia sudah berada di Old Trafford enam tahun dengan tag harga £50 juta euro dari As Monaco semasa di bawah pengendalian jurulatih dari Belanda Louis van Gaal.

Martial tidak menunjukkan kemampuan yang sama atau lebih lagi daripada Cavani yang telah berusia 33 tahun. Pemain Uruguay itu hanya mempunyai 506 minit perlawanan di Liga Perdana berbanding mempunyai 1062 minit lebih separuh daripada Cavani , namun pemain ini telah menjaringkan empat gol walaupun hanya bermula dari bangku simpanan.

Dan semestinya Martial harus berasa malu dengan persembahan yang dipamerkan oleh Edison Cavani pada hari ini.

Manchester United sedang meniti puncak takhta liga Inggeris pada tahun baru 2021. Ia merupakan pencapaian yang hebat untuk Solksjaer tetapi masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh jurulatih itu bagi memastikan United terus unggul.

Martial mungkin akan terus berada dalam perancangan skuad Setan Merah kerana tiada khabar angin menyatakan pemain itu akan dijual atau dipinjamkan oleh mana-mana kelab pada jendela perpindahan pemain yang berakhir 02 Februari ini.

Anthony Martial

Manchester United akan bertemu Liverpool di saingan Piala FA Emirates pusingan keempat di gelanggang Old Trafford pada 24 Januari ini.

Sekiranya Solksjaer masih lagi membawa masuk Martial dalam kesebelasan utama , sudah pastilah ramai yang akan mengkritik beliau. Hanya kecemerlangan Martial dengan menjaringkan gol dan memastikan skuad Klopp disingkirkan pada perlawanan itu akan mendiamkan mulut penyokong Setan Merah seketika.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini