Martin Keown Ungkit ‘Battle Of Old Trafford, Tidak Percayakan Karenah RVN

Martin Keown berkata beliau tidak percayakan Ruud Van Nistelrooy selepas insiden panas yang dikenali sebagai ‘Battle of Old Trafford’ membabitkan perlawanan Manchester United dan Arsenal.

Penyerang dari Belanda itu memainkan peranan penting dalam insiden tersebut yang perlawanannya berkesudahan 0-0.

Bahang panas perseteruan Arsenal-United pada ketika itu turut menyaksikan Patrick Viera dilayangkan kad merah, dan penalti yang gagal disempurnakan pada babak akhir perlawanan.

Arsenal kemudiannya memastikan rekod tidak terkalah mereka bertahan sepanjang musim tersebut untuk dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris, lantas digelar ‘The Invincibles’.

Mengenang kembali perlawanan menentang Manchester United itu, Keown tidak lupa akan perseteruan beliau dengan van Nistelrooy.

Namun Keown juga mengakui beliau dengan Nistelrooy sudah berbaik selepas perlawanan tersebut, walaupun tidak mempercayai karenah pemain Belanda itu dalam insiden tersebut.

“Saya berjabat tangan dengan beliau ketika separuh akhir Piala FA dan berpeluang bercakap dengan dia ketika itu. Dia nampak ok, tetapi kami mempunyai sejarah,” kata Keown kepada BT Sport.

“Ada beberapa insiden antara saya dan dia. Ia mengenai mempercayai lawan anda. Saya hanya suka bermain menentang mereka yang saya boleh percaya.

“Dia pula akan jatuh seperti kepingan kad yang dileraikan. Beliau adalah pemain individu yang sukar [dihadapi], dan adalah penjaring yang hebat.

“Dia boleh menghidu peluang menjaringkan gol dengan tajam sekali, tetapi ada isu kepercayaan juga. Jadi apabila Nistelrooy buatkan Viera dilayangkan kad merah, ia bagaikan meletup.”

Selepas tamat perlawanan, pemain Arsenal mengerumun Nistelrooy dan ia adalah salah satu gambar ikonik dalam sejarah perseteruan kedua-dua pasukan sehingga ke hari ini.

 

 

 

Kongsi artikel ini