Bekas penyerang antarabangsa Croatia, Mario Mandzukic menjaringkan gol pertama beliau di penampilan pertama Asian Champions League untuk membantu Al Duhail menewaskan Persepolis 2-0.
Pertemuan di antara gergasi Qatar dan Iran itu adalah perlawanan pembukaan Kumpulan C pertandingan kelab elit Asia itu.
Bekas pemain Bayern Munich, Atletico Madrid dan Juventus itu adalah sebahagian daripada skuad Croatia yang muncul naib juara di Piala Dunia 2018.
Jaringan Mandzukic tiba pada minit ke-5 perlawanan selepas pemain itu menyambut hantaran lintang Almoez Ali untuk memberi Al Duhail gol pendahuluan yang diperlukan.
FT: Al Duhail FC (🇶🇦) 2 – 0 Persepolis (🇮🇷)
✅ Mandzukic opens his tally in the ACL
✅ Clean sheet
✅ 3 points securedHosts with a comfortable win as Persepolis go back to the drawing board prior to the next ACL match-up.#ACL2020 #ADHvPER pic.twitter.com/AljiPERWcS
— #ACL2020 (@TheAFCCL) February 11, 2020
Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Abdulla bin Khalifa di Doha semalam.
Mandzukic sebenarnya turut dibantu oleh pertahanan Persepolis sendiri ketika jaringan dilakukan, apabila pemain-pemain kelab Iran itu sibuk melakukan protes kepada pengadil.
Malah ketika Ali melambungkan bola dari luar kotak penalti, masih terdapat pemain Persepolis berbuat demikian.
Walaupun ketinggalan di awal perlawanan, Persepolis yang mempunyai lebih 40 juta pengikut di Iran terus gagal memperkemaskan benteng pertahanan pasukan.
🎥 WATCH | FT: Al Duhail 🇶🇦 2 – 0 🇮🇷 Persepolis
✅ Mandzukic opens his tally in the ACL
✅ Clean sheet
✅ 3 points secured#ACL2020 pic.twitter.com/RCxECOlYLG— #ACL2020 (@TheAFCCL) February 11, 2020
Pemain Korea Utara, Han Kwang-song menghukum Persepolis apabila pantas memenangi bola di penjuru kotak penalti lawan sebelum melakukan hantaran yang disudahkan oleh Edmilson dengan satu rembatan rendah.
Mandzukic got plenty of help from the Persepolis defenders though, as they were busy protesting an alleged foul even as Ali chipped the ball from just outside the penalty area.
Persepolis gagal memberikan ancaman pada babak pertama, tetapi bekas penyerang Celtic, Anthony Stokes berjaya melakukan beberapa percubaan pada babak kedua perlawanan.
Kedudukan bagaimanapun kekal 2-0 kepada Al Duhail dan Mandzukic memulakan langkah kanan di saingan ACL 2020.
Â